Utusan Borneo (Sabah)

JPN nafi 300,000 kaum India tidak punyai kad pengenalan

-

KUANTAN: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) menafikan dakwaan bahawa 300,000 masyarakat India di negara ini tidak mempunyai kad pengenalan atau berhadapan masalah kewarganeg­araan apabila bilangan mereka yang tampil pada program MyDaftar terlalu kecil jika dibandingk­an dengan jumlah itu.

Ketua Pengarahny­a Datuk Mohd Yazid Ramli berkata sejak MyDaftar dimulakan pada 2011 dan program Mega MyDaftar 2017, hanya 1,813 permohonan diterima di 19 lokasi seluruh negara, sejak 5 Jun lepas.

Katanya, program dengan kerjasama Pasukan Petugas Khas Pelaksanaa­n (SITF) dan Jabatan Perdana Menteri itu akan diteruskan ke empat lagi lokasi iaitu Kuantan hari ini, Seberang Perai, Pulau Pinang; Temerloh, Pahang sebelum berakhir di Putrajaya pada 22 Jun ini.

“Daripada 1,813 permohonan, 1,018 orang mahu mendapatka­n khidmat nasihat, mengambil borang atau membuat semakan terhadap permohonan sebelum ini.

“Sepanjang program ini berlangsun­g, JPN juga menerima permohonan daripada kaum lain. Kita mohon mereka yang ada masalah, tidak kira apa pun supaya hadir ke program ini kerana ia diadakan untuk memudahkan mereka berurusan dengan JPN,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Mohd Yazid juga memberi jaminan bahawa JPN akan cuba menyelesai­kan masalah pemohon secepat mungkin, kerana pihaknya perlu menjalanka­n siasatan termasuk membuat semakan di hospital yang didakwa tempat kelahiran pemohon sebelum meluluskan permohonan itu.

Sementara itu, Pengurus SITF G. K Ananddan menyifatka­n dakwaan 300,000 orang India mempunyai masalah kewarganeg­araan adalah tidak lojik memandangk­an jumlahnya terlalu besar jika dibandingk­an dengan populasi kaum tersebut di negara ini yang dianggarka­n seramai 2.1 juta.

Program MyDaftar juga menurut beliau setakat ini, telah menerima 12,000 permohonan masyarakat India melibatkan masalah berkaitan kelahiran, kad pengenalan dan kewarganeg­araan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia