Utusan Borneo (Sabah)

Jelius berpuas hati

Persembaha­n Sabah ketika menentang Sarawak dalam aksi persahabat­an kedua

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Jelius Ating berpuas hati dengan dua persembaha­n skuad badak mengharung­i perlawanan persahabat­an menentang Sarawak di sini minggu lalu.

Perlawanan pertama pada 14 Jun di Stadium Likas menyaksika­n Badak menundukka­n Bujang Senang menerusi keputusan 2-1 diikuti perlawanan kedua di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Ahad yang menyaksika­n pasukan negeri ini menang menerusi keputusan 3-2.

“Secara keseluruha­n, perlawanan malam tadi (Ahad) lebih baik berbanding sebelum ini (14 Jun), (dalam) perlawanan dulu (14 Jun) kita tidak bermain dengan begitu pada 30 minit pertama, namun malam (Ahad) tadi kita mula bermain baik sejak awal perlawanan.

“Saya juga melihat kombinasi dan keserasian pemain semakin meningkat, khususnya pemain import kita,” jelas beliau ketika ditemui selepas perlawanan berakhir.

“Dua perlawanan melawan Sarawak ini memberi banyak manfaat bukan saja kepada kita tetapi juga (pada) Sarawak.

“Bagi saya, keputusan adalah perkara kedua, (kerana) yang penting kita dapat melakukan persiapan (untuk Liga Perdana) menerusi dua perlawanan persahabat­an ini,” tambah Jelius.

“Saya juga melihat masih ada beberapa kelemahan yang perlu kita perbaiki, terutama apabila bertahan serta semasa mengawal bola kerana permainan kita kadangkada­ng( kita) kehilangan bola dengan mudah.

“Saya juga melihat pemain import kita telah mula memberi impak untuk pasukan (ini). Kalau kita lihat kesemua gol dijaringka­n pemain import kita iaitu Rodoljub Paunovic dari Serbia dengan satu gol dan Lee Gil Hoon dari Korea dengan dua gol, manakala dua lagi gol sendiri pasukan lawana adalah hasil gerakan Gil Hoon,” katanya lagi.

“Ini mungkin aksi persahabat­an terakhir kita bertemu dengan pasukan yg kuat seperti Sarawak kerana kita sudah kesuntukan masa (sebelum Liga Perdana disambung semula).

“Lebih-lebih lagi ketika ini kita berlatih di bulan puasa. Jika ada (perlawanan persahabat­an) pun, mungkin dengan skuad muda kita.

“(Hari) Raya ini, saya mungkin bagi tiga hari cuti (malam Raya, Raya pertama dan Raya kedua) sebelum kembali menjalani latihan, kerana beberapa hari selepas itu kita sudah kena terbang untuk (mengadapi) perlawanan di tempat lawan (menentang pasukan) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada 30 Jun,” jelas Jelius.

Semas perlawanan persahabat­an itu, kemenangan pertama 2-1 diperoleh menerusi satu jaringan Gil Hoon dan satu gol sendiri lawan, manakala kemenangan kedua 3-2 diperoleh menerusi satu jaringan Gil Hoon, satu jaringan Rodoljub dan satu gol sendiri lawan.

Secara keseluruha­n, perlawanan malam tadi (Ahad) lebih baik berbanding sebelum ini (14 Jun), (dalam) perlawanan dulu (14 Jun) kita tidak bermain dengan begitu pada 30 minit pertama, namun malam (Ahad) tadi kita mula bermain baik sejak awal perlawanan. Saya juga melihat kombinasi dan keserasian pemain semakin meningkat, khususnya pemain ” import kita. JELIUS ATING Ketua jurulatih Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia