Utusan Borneo (Sabah)

Vidal bantu Chile jinakkan Cameroon di Moscow

-

MOSCOW, Rusia: Tandukan lewat Arturo Vidal membantu Chile menewaskan Cameroon 2-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Konfederas­i di sini Ahad lepas ketika pengadil bantuan video memainkan peranan penting.

Chile menguasai perlawanan yang menarik tetapi tanpa sebarang gol dalam separuh masa pertama ketika gol Eduardo Vargas dibatalkan oleh bantuan video.

Chile, juara Copa Amerika, terpaksa menunggu sehingga minit ke-81 untuk akhirnya menjaringk­an gol yang sah menerusi tandukan Vidal.

Vargas, yang terlepas beberapa peluang awal, melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan selepas satu lagi semakan bantuan video.

Kemenangan memastikan Chile memulakan kempen sulung di Piala Konfederas­i dengan kemenangan, selepas layak ke kejohanan persediaan Piala Dunia 2018 ini dengan mempertaha­nkan kejuaraan Copa Amerika tahun lepas.

“Ia adalah sangat penting untuk bermula dengan baik dengan sasaran kami ialah untuk menjadi juara,” kata Vidal, yang juga mengabdika­n kemenangan kepada mangsa kebakaran di Chile yang meragut beberapa nyawa.

“Kami lebih kuat berbanding Cameroon, banyak menyerang dan kelihatan lebih cerah menjaringk­an gol. Walaupun ia sukar bermain kerana kami bermain perlawanan pertama dalam sejarah kami pada pertanding­an Piala Konfederas­i.”

Juara dunia, Jerman dan Australia, melengkapk­an senarai Kumpulan B.

Chile memulakan permainan dengan memberangs­angkan dan hampir membuka jaringan seawal minit pertama tetapi rembatan Vargas terkena palang sebelum Jose Fuenzalida melihat rembatanny­a diselamatk­an penjaga gol Cameroon, Fabrice Ondoa beberapa saat kemudian.

Ondoa paling sibuk di antara dua penjaga gol dalam separuh masa pertama dan beliau juga dipaksa bertindak tangkas menepis rembatan jarak jauh Edson Puch.

Peluang terbaik Chile hadir pada minit ke-45 apabila Vargas menerima umpanan Vidal tetapi rembatan penyudahny­a melambung tinggi.

Kontrovers­i berlaku pada minit akhir sebelum rehat pada perlawanan di Otkrytiye Arena apabila gol Vargas tidak dibenarkan pengadil.

Pemain berusia 27 tahun itu melambung bola melepasi penjaga gol tetapi lebih seminit selepas bola menerjah jaring, pengadil bantuan video membuat keputusan Vargas berada pada kedudukan ofsaid.

Alexis Sanchez, yang bergelut dengan kecederaan buku lali sebelum perlawanan, dimasukkan oleh jurulatih Juan Antonio Pizzi, 12 minit selepas rehat ketika beliau

memburu gol antarabang­sa ke-38 untuk menjadikan­nya penjaring gol terbanyak Chile.

Cameroon meningkatk­an permainan selepas rehat ketika mereka berjaya mengimbang­i permainan dengan tendangan percuma Benjamin Moukandjo sedikit tersasar.

Vargas terus mencari peluang dan cubaan terbarunya hanya menerjah luar jaring.

Sanchez akhirnya mengubah nasib pasukan apabila umpanannya disempurna­kan oleh Vidal untuk gol ke-23 beliau bersama Chile sebelum Sanchez tidak bernasib baik untuk menjaringk­an gol apabila rembatanny­a dihadang selepas mengelecek Ondoa, membolehka­n Vargas merembat bola muntah. Selepas semakan video kedua, gol itu dibenarkan dan Chile mengesahka­n tiga mata penuh. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? VARGAS (kanan) menerima tentangan sengit ketika bersaing pada aksi di Stadium Spartak, Moscow pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters VARGAS (kanan) menerima tentangan sengit ketika bersaing pada aksi di Stadium Spartak, Moscow pada Ahad lepas.
 ??  ?? VIDAL
VIDAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia