Utusan Borneo (Sabah)

Rompak, cederakan wanita: Warga asing kena lapan tahun, sebat

Rompak dan mencederak­an wanita

- Oleh CLARICE USOP

Kesalahan itu dilakukan pada 8 Mei tahun ini jam 9 malam, di kawasan parkir hadapan kedai AA Stationery, Penampang Baru, Penampang.

KOTAKINABA­LU:Seorang lelaki warga asing dikenakan penjara lapan tahun dan satu sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas kesalahan merompak dan mencederak­an seorang wanita.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Manase Lukas Sulu, 28, selepas kertas pertuduhan dibacakan dan mengaku bersalah.

Tertuduh merompak dan mencederak­an mangsa yang berusia 41 tahun, disamping merampas beg tangan miliknya.

Kesalahan itu dilakukan pada 8 Mei tahun ini jam 9 malam, di kawasan parkir hadapan kedai AA Stationery, Penampang Baru, Penampang.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 394A Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara sehingga tempoh 20 tahun dan dengan sebat atau denda.

Berdasarka­n fakta kes, semasa pengadu keluar dari keretanya, beliau didatangi seorang lelaki dari arah belakang dan beg tangan yang disangkut di bahu dirampas.

Tertuduh menarik beg terbabit sehingga menyebabka­ntalibegte­rputus dan pengadu cuba melawan sehingga menyebabka­nnya jatuh.

Pengadu yang mengalami kecederaan luka di bahagian lutut kiri dan kanan mengejar tertuduh sambil menjerit meminta bantuan daripada orang ramai.

Pada masa sama, seorang lelaki memberikan bantuan dan mengejar tertuduh sehingga berjaya menangkap tertuduh.

Tertuduh kemudianny­a diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan selanjutny­a.

Semasa rayuan, peguam Dominic Chew yang mewakili Manase memohon hukuman anak guamnya diringanka­n.

Menurutnya, tertuduh yang lahir di negara Indonesia mempunyai seorang isteri dan seorang anak yang berusia empat tahun.

Tambahnya, tertuduh yang sudah menyesal juga memberikan kerjasama dengan pihak polis ketika siasatan.

Bagaimanap­un Timbalan Pendakwara­ya Husna Adb Halim menegaskan, jenayah yang dilakukan serius kerana mangsa mengalami kecederaan.

Selain itu, tertuduh juga bukan seorang warganegar­a dan kesalahan dilakukan pada waktu malam.

Beliau meminta mahkamah mengambil kira kekerapan kes yang berlaku disamping tindakan tertuduh boleh menyebabka­n kematian.

Selesai menjalani hukuman itu, tertuduh diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk pengusiran ke negara asal.

 ??  ?? MANASE (tengah) keluar dari kamar mahkamah.
MANASE (tengah) keluar dari kamar mahkamah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia