Utusan Borneo (Sabah)

Tidak ada perkembang­an 60 jenis barangan tambahan dikenakan GST

- Oleh YAP SIONG HAN

SEPANGGAR: Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna belum menerima sebarang berita mengenai usaha kerajaan untuk mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) terhadap 60 jenis barangan tambahan.

Menterinya Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata pihaknya belum menerima sebarang berita mengenai perkara itu.

“Saya ingin menjelaska­n bahawa bahan makanan yang segar tidak akan dikenakan GST kecuali bahan makanan yang telah diproses.

“Pengguna juga kena bijak ketika berbelanja, sekiranya tidak mampu, belilah barangan yang mampu sahaja,” katanya selepas Majlis Penyampaia­n Sedekah Jariah dan Pra Pembukaan BTC Halal Mart Kumpulan BTC Berhad, kelmarin.

Beliau berkata pihak pekedai juga perlu memberikan kerjasama menunjukka­n senarai barangan yang tidak dikenakan GST agar pengguna dapat memilih dengan lebih mudah.

Katanya pengguna juga perlu membantu pihak kementeria­n agar mengenal pasti pekedai yang secara sesuka hati mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan BTC Bhd Datuk Abdul Kadir ME Sikkandar berkata sejumlah 150 penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik telah hadir untuk menerima bantuan masing-masing.

Katanya sumbangan itu adalah usaha syarikat itu kali kelapan setiap tahun dalam membantu meringanka­n beban golongan yang memerlukan.

“Selain majlis penyampaia­n sedekah itu, kita juga melancarka­n pra pembukaan BTC Halal Mart di sini.

“BTC Berhad juga menyasarka­n lebih banyak cawangan dibuka di seluruh Sabah seperti di Tawau, Sandakan dan Beaufort,” katanya.

Menurutnya usaha meluaskan perniagaan itu turut akan dilaksanak­an di Sarawak dan Brunei. Peluang francais juga akan dibuka kepada usahawan muda dalam masa terdekat.

Katanya BTC Berhad akan melatih dan melengkapk­an ilmu perniagaan kepada para usahawan muda yang berminat dan mempunyai komitmen tinggi untuk mengembang­kan perniagaan itu.

“Kami juga akan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlan­gan dan kecekapan serta merancang membuka restoran Arab serta kedai kraftangan di masa hadapan,” katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan BTC Berhad Datin Hajah Sithi Kathija Begam Jailani.

 ??  ?? JAINAB (dua kanan) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang penerima sambil dibantu oleh Sithi (kanan) dan Kadir (tiga kanan).
JAINAB (dua kanan) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang penerima sambil dibantu oleh Sithi (kanan) dan Kadir (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia