Utusan Borneo (Sabah)

Lubuk rezeki peniaga tempatan

Tapak Bazar Ramadan The Palm Square Kinarut

-

M ENJADI orang pertama memperkena­lkan ABC dengan pelbagai perisa pada 2007 di Bazar Ramadan Pekan Sabindo membuatkan jualan minuman Haslina Lajana antara tumpuan pelanggan setiap kali menjelang Ramadan.

Wanita yang mula berniaga sejak lebih 11 tahun ini hanya fokus kepada jualan minuman sahaja semasa bulan Ramadan.

Katanya ketika mula-mula menjual ABC pelbagai perisa kira-kira 10 tahun lalu, beliau tidak melihat manamana peniaga menjual ABC sepertinya. Namun, 2-3 tahun selepas beliau tampil dengan ABC pelbagai perisa, semakin ramai peniaga di Bazar Ramadan Pekan Sabindo mula menjual ABC sebegitu.

Namun, persaingan seperti itu dilihat dari sudut positif untuknya mengekalka­n kualiti jualan minumannya.

“Alhamdulil­lah jika cuaca panas, minuman yang dijual di gerai kami biasanya habis dijual sebelum waktu berbuka. Sekiranya musim hujan, jualan minuman sejuk sebegini tidak akan habis.

“Atas sebab itu, jika cuaca hujan kuantiti ais yang digunakan untuk membuat ABC akan dikurangka­n kepada 25-30 pek ais berbanding 40 pek ais ketika cuaca panas,” katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan The Palm Square Kinarut.

Haslina berkata setiap hari mereka akan berada di bazar jam 2 petang bagi menyediaka­n semua minuman yang dijual. Ia kerana selain ABC, gerainya juga menjual pelbagai air buah-buahan lain.

Untuk ABC, mereka menjual lapan jenis ABC dengan pelbagai perisa seperti keladi, jagung, gula melaka dan rose.

Haslina berkata jika tidak berniaga di bazar, beliau akan berniaga goreng pisang di Pekan Papar.

Turut menjadikan Bazar Ramadan sebagai lubuk rezeki untuk peniaga ialah Masni Suhaili yang menjual pelbagai jenis kuih-muih.

Katanya disebabkan di Bazar Ramadan itu kurang peniaga yang menjual kuihmuih maka kebanyakan pelanggan tertumpu ke gerainya.

Menurutnya peniaga di situ lebih fokus kepada menjual nasi dan lauk-pauk.

Masni berkata memandangk­an bazar di situ baru tahun ini dibuka, beliau cuba berniaga di Bazar Ramadan berkenaan untuk melihat sambutan pelanggan.

Beliau merasa bersyukur kerana saingan peniaga yang menjual kuih-muih agak kurang.

Peniaga yang baru dua tahun berniaga di Bazar Ramadan ini membuka dua gerai pada tahun ini iaitu di Sabindo dan The Palm Square Kinarut. Pada dua tahun lalu, beliau hanya membuka gerai di Bazar Ramadan Sabindo.

Beliau berkata setiap hari beliau dan ibunya mula mengukus dan membakar kuih yang mengambil masa lama seawal 8 pagi.

Katanya mereka menyediaka­n sebanyak 100 biji kuih untuk setiap jenis.

Kuih-muih yang dijual di gerainya termasukla­h bingka ubi, lenggang, pulut panggang, karipap dan kuih jala.

Sementara itu, Melina Faizal yang membantu bosnya di gerai jualan minuman mereka mula berada di bazar seawal 2 petang bagi membancuh dan menyediaka­n minuman.

Katanya gerai itu menjual pelbagai jenis air buah seperti jagung, tembikai, mangga dan ABC buah. Minuman berkenaan dijual dalam cup dan juga plastik dengan kadar harga antara RM 1-RM 3.

Untuk keluarga Herman Ibrahim yang mula berniaga di Bazar Ramadan sejak tiga tahun lalu di Pekan Sabindo menjadikan Bazar Ramadan sebagai tempat memperoleh pendapatan tambahan.

Biarpun ada antara mereka sibuk bekerja tetapi pada hujung minggu mereka semua akan membantu ibu dan ayah di bazar.

Gerai jualan mereka menjual pelbagai kuih-muih tradisi dan moden seperti lenggang, karipap, kuih piang dan mini burger.

Selain itu mereka juga menjual nasi ayam goreng berempah.

Herman berkata ibunya juga turut berniaga kuihmuih di tamu sejak 10 tahun lalu.

Untuk pekerja Swasta Safwan Roslan pula, disebabkan ada kalanya terpaksa berbuka puasa di tempat kerja, Bazar Ramadan The Palm Square itu antara tempat wajib untuk dikunjungi ketika mencari juadah berbuka.

Katanya semua makanan dan minuman dijual di bazar itu, jadi ia memudahkan pelanggan sepertinya mendapatka­n juadah berbuka.

Biasanya beliau akan mencari nasi mahupun mee goreng serta kuih-muih.

 ??  ?? HERMAN
HERMAN
 ??  ?? HASLINA
HASLINA
 ??  ?? MELINA
MELINA
 ??  ?? MASNI
MASNI
 ?? Oleh SURAIDAH ROSLAN ??
Oleh SURAIDAH ROSLAN
 ??  ?? HERMAN bersama ibunya yang menjadi orang penting dalam menyediaka­n kuih-muih yang dijual di gerai mereka.
HERMAN bersama ibunya yang menjadi orang penting dalam menyediaka­n kuih-muih yang dijual di gerai mereka.
 ??  ?? SUASANA di Bazar Ramadan The Palm Square Kinarut yang dibuka buat kali pertama tahun ini.
SUASANA di Bazar Ramadan The Palm Square Kinarut yang dibuka buat kali pertama tahun ini.
 ??  ?? GERAI Herman antara tumpuan pelanggan yang ingin mendapatka­n pelbagai kuih-muih.
GERAI Herman antara tumpuan pelanggan yang ingin mendapatka­n pelbagai kuih-muih.
 ??  ?? KUIH-MUIH yang pelbagai jenis dijual di gerai Masni.
KUIH-MUIH yang pelbagai jenis dijual di gerai Masni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia