Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n sahsiah melalui khidmat sukarela

PPIM Beluran agih bubur lambuk kepada orang ramai

-

SEBANYAK 200 bungkusan bubur lambuk berjaya diagihkan kepada orang ramai disekitar Pekan Beluran yang dikendalik­an oleh Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) daerah Beluran.

Program pengagihan bubur lambuk ini melibatkan ahli PPIM daerah Beluran yang terdiri dari 80 orang murid sekolah-sekolah sekitar Pekan Beluran dan 25 orang guru pembimbing.

Sekolah-sekolah yang terlibat dalam program itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Beluran, SK Jaya Bakti, SK Kolapis, SK Moynod, SK Sungai Nafas, SK Balaban Jaya, SK Sungai Nangka, SK Ulu Muanad, SMK Beluran dan SMK Balaban Jaya.

Menjelaska­n mengenai program berkenaan, Pengerusi PPIM Daerah Beluran Norain Abu Bakar berkata program ini diadakan adalah bertujuan membentuk sebuah kumpulan PPIM daerah yang beridentit­i sendiri, progresif dan diterima masyarakat sekitar.

“Program ini diadakan juga bertujuan mewujudkan serta merapatkan perhubunga­n yang sihat di antara ahli PPIM dengan masyarakat atau kelompok klien yang signifikan, untuk menyelami dan mengenalpa­sti keperluan kedua-dua belah pihak,” katanya.

Norain yang bertugas di SK Moynod, Beluran juga berharap program ini dapat melahirkan ahli PPIM yang memiliki akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkena­lkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah Swt dan dapat berbakti untuk agama, nusa dan bangsa.

Menurut Norain, selain pengagihan bubur lambuk kepada orang ramai, turut diadakan semasa program itu ialah slot ceramah agama yang dikendalik­an oleh Kutinawati Sandakong dari Pejabat Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (Jheains)Daerah Beluran.

Ceramah agama yang diadakan di Dewan Muslimah Masjid Jamek Pekan Beluran adalah bertujuan menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

“Kami berharap program ini dapat diadakan pada setiap tahun agar setiap ahli PPIM dapat memahami erti bersedekah serta nikmatnya jika dilakukan sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata program berkenaan dapat memberi penddedaha­n kepada ahli PPIM kepada aktiviti khidmat sukarela disamping dapat mendekatka­n ahli dengan komuniti setempat melalui pengagihan bubur lambuk.

“Program

ini diadakan juga bertujuan mewujudkan serta merapatkan perhubunga­n yang sihat di antara ahli PPIM dengan masyarakat atau kelompok klien yang signifikan,untukmenye­lamidanmen­genalpasti keperluan kedua-dua belah pihak. NORAIN ABU BAKAR Pengerusi PPIM Daerah Beluran

 ??  ??
 ??  ?? AHLI PPIM turut mengagihka­n bubur lambuk kepada pengguna lalu lintas.
AHLI PPIM turut mengagihka­n bubur lambuk kepada pengguna lalu lintas.
 ??  ?? AHLI PPIM bersama guru pembimbing bersedia untuk mengagihka­n bubur lambuk kepada orang ramai.
AHLI PPIM bersama guru pembimbing bersedia untuk mengagihka­n bubur lambuk kepada orang ramai.
 ??  ?? NORAIN menyampaik­an bubur lambuk kepada pengguna jalan raya.
NORAIN menyampaik­an bubur lambuk kepada pengguna jalan raya.
 ??  ?? SALAH seorang penduduk menerima sumbangan bubur lambuk yang disampaika­n dalam program ini.
SALAH seorang penduduk menerima sumbangan bubur lambuk yang disampaika­n dalam program ini.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli PPIM yang mengikuti program itu.
SEBAHAGIAN ahli PPIM yang mengikuti program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia