Utusan Borneo (Sabah)

Sentiasa utamakan keselamata­n

Ketika balik kampung sempena raya, kata Jainab

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Masyarakat disarankan membuat pemeriksaa­n kenderaan masingmasi­ng sebelum membuat perjalanan balik ke kampung.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata ia sebagai satu langkah mengutamak­an keselamata­n kenderaan agar selamat sampai ke destinasi masingmasi­ng sempena Hari Raya.

“Hari Raya Aidilfitri dijangka akan disambut pada 25 Jun ini dan sudah pastinya melibatkan tradisi balik kampung bersama keluarga dan kunjung-mengunjung sanak saudara.

“Sempena cuti yang panjang ini juga, keluarga akan mengambil kesempatan untuk bercuti bersama-sama ke destinasi pelanconga­n tempatan yang utama.

“Situasi ini dijangka akan menyesakka­n trafik dengan pertambaha­n bilangan kenderaan di laluan utama seluruh Sabah. Sudah tentu sebagai pengguna jalan raya, keselesaan mahupun keselamata­n kenderaan perlulah ditekankan agar perjalanan selamat sampai ke destinasi yang dituju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Kempen Keselamata­n Balik Kampung Bersama Keluarga Kampung Likas 2017 di Surau Nur Iman Likas, di sini, Ahad lalu.

Jainab berkata melalui kempen berkenaan, risalah senarai semak berkaitan tips pemanduan selesa serta selamat ketika pulang beraya diedarkank­epadamasya­rakat setempat.

Antara tips yang diberikan adalah pemeriksaa­n tayar kenderaan seperti memastikan tekanan angin tayar yang tepat dan bunga tayar berada dalam keadaan baik.

“Selain itu, kita juga perlu membuatpem­eriksaanla­mpu kenderaan agar di berfungsi dengan baik.

“Kita juga perlu mempraktik­an tips dalam kempen keselamata­n ini agar berasa lebih selamat ketika perjalanan balik ke kampung halaman nanti dan dapat beraya dengan gembira,” jelasnya.

Sementara itu, beliau juga menegaskan agar mereka yang pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya supayaturu­tmenitikbe­ratkan keselamata­n rumah masingmasi­ng.

“Kempen ini juga memberikan tips bagi memastikan rumah dalam keadaan selamat ketika pulang beraya.

“Antara tips yang diberikan adalah jangan sembunyika­n kunci rumah dalam pasu, bawah alas kaki atau dalam rak kasut di luar rumah.

“Pastikan pintu dan tingkap dikunci rapat serta maklumkan juga kepada balai polis terdekat tentang ketiadaan anda di rumah,” katanya.

Dalam majlis berkenaan juga, Jainab sempat menyampaik­an sumbangan kepada 50 ketua keluarga sempena Hari Bapa.

Turut hadir, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) Sabah Nurfarhana Lee Mohd Zulkiflee Lee.

Sempena cuti yang panjang ini juga, keluarga akan mengambil kesempatan untuk bercuti bersamasam­a ke destinasi pelanconga­n tempatan yang utama. Situasi ini dijangka akan menyesakka­n trafik dengan pertambaha­n bilangan kenderaan di laluan utama seluruh Sabah. Sudah tentu sebagai pengguna jalan raya, keselesaan mahupun keselamata­n kenderaan perlulah ditekankan agar perjalanan selamat sampai ke destinasi yang dituju. DATUK JAINAB AHMAD AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ?? (Gambar atas) JAINAB (tengah) menunjukka­n tips memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing.
(Gambar atas) JAINAB (tengah) menunjukka­n tips memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing.
 ??  ?? JAINAB (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sempena Hari Bapa.
JAINAB (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sempena Hari Bapa.
 ??  ?? JAINAB (dua kiri) menyempurn­akan gimik perasmian kempen berkenaan sambil diperhatik­an oleh Nurfarhana (kiri).
JAINAB (dua kiri) menyempurn­akan gimik perasmian kempen berkenaan sambil diperhatik­an oleh Nurfarhana (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia