Utusan Borneo (Sabah)

Belia mengimarah­kan masjid

YDKMM dan UMS anjur Fajar Sejuta Pemuda

- Oleh SADDAM EDRIS

BAGI mengimarah­kan lagi bulan mulia ini, Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) menganjurk­an projek Fajar Sejuta Pemuda (FSP) dalam usaha membangunk­an semangat anak muda untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah pada awal waktu di masjid terpilih di seluruh Malaysia.

Projek yang dilaksanak­an bermula 1 Sya’aban 1438H (28 April) hingga kemuncak perasmian pada 17 Ramadan 1438 H (12 Jun) itu memiliki keunikan tersendiri dengan mempraktik­kan aplikasi telefon pintar bagi mengurus data kehadiran dan mengemaski­ni program berkenaan.

Visi program adalah untuk mengumpulk­an belia yang berusia lingkungan 35 tahun ke bawah secara kolektif sehingga mencapai jumlah 1,000,000 orang.

Pelancaran program dihadiri lebih 400 pelajar UMS dan dirasmikan oleh Pengarah Jakim Sabah Mat Radzi Mat Ali bertempat di Masjid UMS dengan kerjasama Pusat Islam serta kolaborasi beberapa kelab di UMS dan pihak tertentu yang berlangsun­g dengan jayanya pada jam 5 petang.

Turut hadir Pengarah Pusat Islam UMS Profesor Madya Dr Muhamad Suhaimi Taat, Pengerusi YDKMM Cawangan Sabah Sittilin Salleh,

Naib

“Visi

program adalah untuk mengumpulk­an belia yang berusia lingkungan 35 tahun ke bawah secara kolektif sehingga mencapai jumlah 1,000,000 orang.

Pengerusi Bahagian Pembanguna­n Belia YDKMM Ghafur Rahim Mustaqim serta Ketua Program Special Iftar For Asnaf dan Fajar Sejuta Pemuda Peringkat Kebangsaan merangkap Ketua Unit Sukarelawa­n YDKMM Cawangan Sabah Noorsyafir­a Mohamad Helmi.

Pelancaran projek turut berjalan serentak di beberapa lokasi seluruh negeri iaitu di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Masjid Negeri Perak, Masjid Universiti Putra Malaysia, Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia, Masjid Al-Falah USJ, Masjid Meru Ipoh dan Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan.

Antara aktiviti lain yang diadakan adalah tazkirah yang disampaika­n oleh Pengarah Jakim One Day One Juzuk (ODOJ), Qiamulail Mega, Motivasi Ramadan yang disampaika­n oleh Ghafur Rahim kepada semua pelajar Asasi Sains UMS, Bersahur bersamasam­a, Tazkirah Subuh serta aktiviti Quran Hour.

Majlis juga diserikan dengan hidangan jamuan berbuka puasa bersamasam­a pelajar UMS dan

turut mengedar 400 pack

Rice Omellete Chicken Chop beserta air coklat oleh sukarelawa­n YOSH kepada pelajar Asnaf UMS.

Selain itu, YDKMM turut mengadakan Majlis Special Iftar For Asnaf (SI4A) di Restoran Asian & Western cawangan Sabah di Kingfisher Likas yang dimiliki oleh alumni UMS Mohd Hanif Nasiruddin.

Tujuan utama penganjura­n SI4A bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang dermawan berkongsi nikmat rezeki bersama golongan yang memerlukan.

Pihak YDKMM mengharapk­an program seperti ini terutamany­a program Fajar Sejuta Pemuda dapat membantu mengimarah­kan lagi masjid terutamany­a dalam kalangan para belia khususnya.

 ??  ?? (Gambar kiri) SESI Iftar Mega yang berlangsun­g pada program Fajar Sejuta Pemuda.
(Gambar kiri) SESI Iftar Mega yang berlangsun­g pada program Fajar Sejuta Pemuda.
 ??  ?? MAHASISWA UMS sedang menunggu waktu berbuka.
MAHASISWA UMS sedang menunggu waktu berbuka.
 ??  ?? TETAMU kehormat yang hadir merakam gambar kenangan pada program Fajar Sejuta Pemuda.
TETAMU kehormat yang hadir merakam gambar kenangan pada program Fajar Sejuta Pemuda.
 ??  ?? (Gambar atas) KELIHATAN mahasiswa UMS sahur bersamasam­a.
(Gambar atas) KELIHATAN mahasiswa UMS sahur bersamasam­a.
 ??  ?? SOLAT subuh secara berjemaah.
SOLAT subuh secara berjemaah.
 ??  ?? MAHASISWI UMS pada program berkenaan.
MAHASISWI UMS pada program berkenaan.
 ??  ?? SESI penyediaan makanan Iftar Mega.
SESI penyediaan makanan Iftar Mega.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia