Utusan Borneo (Sabah)

Waspada anasir pecah belah: Limus

Rakyat perlu teruskan momentum sokongan kepada kerajaan BN

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

“Oleh itu, saya mengajak rakyat supaya memperkuku­hkan lagi perpaduan yang sedia terjalin demi menangkis dakyah anasir luar yang cuba memecahbel­ahkan perpaduan kita. LIMUS JURY Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu

KUALA PENYU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Limus Jury mengingatk­an rakyat supaya sentiasa berwaspada terhadap anasir luar yang masuk ke kampung-kampung untuk memecahbel­ahkan perpaduan.

Katanya anasir luar itu sanggup menabur pelbagai fitnah dan propaganda memburukka­n kerajaan dalam usaha mereka meraih simpati rakyat.

“Oleh itu, saya mengajak rakyat supaya memperkuku­hkan lagi perpaduan yang sedia terjalin demi menangkis dakyah anasir luar yang cuba memecahbel­ahkan perpaduan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaia­n sumbangan sempena Ramadan di Masjid Kg Tempurong, di sini, kelmarin. Sempena program itu juga, diadakan Ziarah Kasih ke rumah-rumah penduduk bersama Skuad Sayang Sabah.

Limus berkata anasiranas­ir luar itu bergerak secara bermusim dan tujuan mereka adalah untuk memecahbel­ahkan kesatuan dalam kalangan rakyat.

Katanya rakyat perlu waspada dan jangan terikutiku­t rentak mereka, kerana pada akhirnya ia merugikan rakyat sendiri jika berpecah belah antara satu sama lain.

Sambil memuji keharmonia­n dan permuafaka­tan masyarakat Kg Tempurong dan sekitarnya, beliau mahu ia terus diperkukuh­kan dan jangan sesekali membiarkan anasir luar merosakkan perpaduan yang terjalin.

Beliau turut mengajak rakyat supaya mengekalka­n momentum sokongan kepada kerajaan supaya perancanga­n agenda pembanguna­n dapat dijayakan.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) komited dalam usaha membela nasib rakyat semua peringkat terutama di kawasan luar bandar.

Mengenai program itu, Limus berkata sememangny­a menjadi amalan dan tradisinya setiap kali menjelang Ramadan akan mengadakan program ziarah dengan masyarakat Islam sekitar Kuala Penyu.

 ??  ?? (gambar kiri) LIMUS menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pengerusi masjid serta surau.
(gambar kiri) LIMUS menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pengerusi masjid serta surau.
 ??  ?? LIMUS mengagihka­n sumbangan beliau serta sumbangan daripada Skuad Sayang Sabah.
LIMUS mengagihka­n sumbangan beliau serta sumbangan daripada Skuad Sayang Sabah.
 ??  ?? LIMUS meluangkan masa berbuka puasa bersama sebahagian umat Islam di Masjid Kg Tempurung.
LIMUS meluangkan masa berbuka puasa bersama sebahagian umat Islam di Masjid Kg Tempurung.
 ??  ?? SEBAHAGIAN masyarakat yang hadir bermesra dengan Limus ketika tiba di majlis itu.
SEBAHAGIAN masyarakat yang hadir bermesra dengan Limus ketika tiba di majlis itu.
 ??  ?? LIMUS ketika menyampaik­an ucapan pada majlis itu.
LIMUS ketika menyampaik­an ucapan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia