Utusan Borneo (Sabah)

Anak sebagai aset terpenting

177 murid SK Lubok Temiang jayakan seminar motivasi

-

S

ERAMAI 177 murid Tahun 6, 5 dan 4 Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) telah menjayakan Seminar Motivasi Ibu Bapa dan Murid-Murid SK Lubok Temiang yang diadakan di Dewan Kuliah Utama, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Mereka termasuk 75 calon yang akan menduduki peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September depan serta 147 ibu bapa murid terbabit.

Majlis perasmian penutupan telah disempurna­kan oleh Ketua Sektor Akademik Norismah Abdul Moin yang mewakili Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Turut hadir, Guru Besar SK Lubok Temiang Awat @Cally Moguring, Yang Dipertua PIBG Mohd Dzulfaizal Abdul Manan dan Penyelaras Program Seminar Motivasi Ibu Bapa dan Murid Zunikah Amboh Turuh.

Program dua hari itu dikendalik­an oleh penceramah jemputan Haji Mohamed Anuar Haji Yusof.

Pada hari pertama (Jumaat), beliau menyampaik­an ceramah bertajuk Motivasi Skor A Khas Untuk Murid-Murid manakala pada hari kedua (Sabtu) Motivasi Khas Untuk Ibu Bapa iaitu Bagaimana Mendidik Anak Cemerlang Berpaksika­n Komunikasi Berkesan.

Seminar motivasi itu dianjurkan PIBG SK Lubok Temiang.

Pada majlis penutupan, turut diadakan lafaz ikrar oleh calon UPSR dan ibu bapa.

Dzulfaizal kemudianny­a menyerahka­n skrol ikrar kepada Awat sambil disaksikan Norismah dan Haji Mohamed Anuar.

Antara tajuk motivasi yang disampaika­n ialah pengenalan lebuh raya motivasi, frekuensi minda, ujian minda, teknik mengingat pantas, tip kecemerlan­gan, membina sasaran A (Latihan), mengenali fakulti minda melalui kekuatan neuron dan sesi soal jawab.

Sementara, antara objektif penganjura­n seminar itu ialah mewujudkan rasa tanggungja­wab dan kebersamaa­n ibu bapa menjana kecemerlan­gan anak dengan sekolah (bukan banyak cakap tetapi bagaimana hendak bertindak).

Dzulfaizal berkata program itu bertujuan merasakan anak adalah aset dan pelaburan yang sangat penting untuk kekayaan dunia dan akhirat.

Selain itu, ibu bapa diberi panduan mempraktik­kan skill ‘sentuhan qalbu’ menjana kecemerlan­gan anak-anak.

“Menggunaka­n air sebagai ‘water teraphy’ secara saintifik pemangkin kecemerlan­gan akhlak dan akademik anak-anak. Baiah/ aku janji ibu bapa bersama anak. MOHD DZULFAIZAL ABDUL MANAN Yang Dipertua PIBG

“Menggunaka­n air sebagai ‘water teraphy’ secara saintifik pemangkin kecemerlan­gan akhlak dan akademik anak-anak. Baiah/ aku janji ibu bapa bersama anak,” katanya.

Melalui program Sentuhan Qalbu itu, diharapkan dapat mencapai objektif seperti anak-anak dapat merasakan realiti sentuhan kasih ibu bapa melalui penterjema­han modul yang dilaksanak­an.

Anak-anak menjadi lebih insaf dan menghargai pengorbana­n ibu bapa melalui pendekatan ‘rasional emotif imagineri’ dalam program ini.

Murid dan ibu bapa menstruktu­r kembali jalinan kekuatan dalaman dan minda anak-anak (EQ & IQ).

Membina strategi skor A dalam peperiksaa­n berpaksika­n reda guru dan ibu bapa.

Dalam ucapannya, Dzulfaizal turut mengumumka­n insentif sebanyak RM300 kepada murid yang berjaya memperoleh keputusan 6A pada UPSR tahun ini.

“PIBG berharap insentif itu akan menaikkan semangat calon UPSR pada tahun ini. saya juga yakin keputusan cemerlang mampu diperoleh menerusi kerjasama ibu bapa dan guru-guru,” katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada AJK PIBG terutama penyelaras program, Zunikah Amboh Turuh, guru-guru dan ibu bapa yang menjayakan program motivasi pada kali ini.

 ??  ?? NORISMAH bersama calon UPSR SK Lubok Temiang 2017.
NORISMAH bersama calon UPSR SK Lubok Temiang 2017.
 ??  ?? CALON-calon UPSR memberikan tumpuan kepada ceramah yang disampaika­n Mohamed Anuar
CALON-calon UPSR memberikan tumpuan kepada ceramah yang disampaika­n Mohamed Anuar
 ??  ?? GURU-guru Tahun Enam gembira program motivasi UPSR berjalan lancar.
GURU-guru Tahun Enam gembira program motivasi UPSR berjalan lancar.
 ??  ?? DZULFAIZAL (dua kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Mohamed Anuar diperhati Norismah (kanan) dan Awat (kiri).
DZULFAIZAL (dua kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Mohamed Anuar diperhati Norismah (kanan) dan Awat (kiri).
 ??  ?? DZULFAIZAL (kiri) menyerahka­n skrol lafaz ikrar kepada Awat diperhatik­an Norismah dan Mohamed Anuar
DZULFAIZAL (kiri) menyerahka­n skrol lafaz ikrar kepada Awat diperhatik­an Norismah dan Mohamed Anuar
 ??  ?? MOHAMED Anuar menyampaik­an ceramahnya kepada calon UPSR SK Lubok Temiang.
MOHAMED Anuar menyampaik­an ceramahnya kepada calon UPSR SK Lubok Temiang.
 ??  ?? MOHAMED Anuar menunjukka­n penggunaan air mineral kepada wakil ibu bapa.
MOHAMED Anuar menunjukka­n penggunaan air mineral kepada wakil ibu bapa.
 ??  ?? AWAT menyampaik­an cenderamat­a kepada Norismah diperhati Dzulfaizal (dua kanan) dan Mohamed Anuar.
AWAT menyampaik­an cenderamat­a kepada Norismah diperhati Dzulfaizal (dua kanan) dan Mohamed Anuar.
 ??  ?? NORISMAH
NORISMAH
 ??  ?? MOHD DZULFAIZAL
MOHD DZULFAIZAL
 ??  ?? ZUNIKAH
ZUNIKAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia