Utusan Borneo (Sabah)

Pusat peranginan di Mali diserbu pelampau

Empat penyerang berjaya dibunuh manakala dua orang awam maut di timur Bamako

-

Ia merupakan serangan pelampau dan pasukan khas Mali telah campur tangan, SALIF TRAORE Menteri Keselamata­n

BAMAKO: Suspek pelampau menyerbu sebuah pusat peranginan yang popular kalangan pelancong asing di pinggir Bamako, ibu negara Mali, kelmarin sebelum menahan seketika lebih 30 tebusan dan menyebabka­n sekurang kurangnya dua maut.

Serangan ke atas pusat peranginan Kangaba Le Campement berlaku selepas serangan serupa tidak sampai dua tahun lalu ke atas sebuah hotel mewah di Bamako yang terletak di selatan negara bergolak itu.

Empat penyerang telah dibunuh pasukan keselamata­n, menurut menteri keselamata­n Mali lewat kelmarin, tanpa menjelaska­n sama ada terdapat penyerang yang berjaya melepaskan diri.

Penduduk berhampira­n pertama kali melaporkan serangan itu selepas mendengar bunyi tembakan sebelum asap tebal berkepul di udara tatkala sekurang-kurangnya sebuah bangunan terbakar.

“Ia merupakan serangan pelampau dan pasukan khas Mali telah campur tangan,” menurut Menteri Keselamata­n Salif Traore sambil menambah kata, dua orang telah terbunuh termasuk seorang warga dwi kerakyatan Perancis-Gabon.

Beliau kemudian memberitah­u wartawan bahawa mereka telah menemui mayat dua penyerang yang telah dibunuh dan mencari dua lagi mayat.

“Kami berjaya menyelamat­kan kira-kira 36 tetamu dan pekerja dari pusat peranginan tersebut, selain kira-kira 15 warga Perancis dan 15 warga tempatan,” tambah beliau.

Pasukan khas tersebut disokong askar PBB dan anggota antiterori­sme Perancis.

Tentera Mali terdahulu berkata, salah seorang penyerang terbabit cedera dan menyerahka­n senjatanya.

Dia turut meninggalk­an beberapa botol mengandung­i bahan mudah meletup, menurut kementeria­n keselamata­n.

Sekurang-kurangnya 14 orang, meliputi warga tempatan dan rakyat asing, cedera, tambah kementeria­n. Saksi yang ditemu bual televisyen tempatan ORTM berkata, beliau melihat seorang lelaki bermotosik­al tiba di tempat kejadian sebelum mulai menembak ke arah orang ramai, disusuli dua atau tiga orang dalam sebuah kenderaan lain.

Beberapa orang yang diselamatk­an di Kangaba berkata, penyerang melaung ‘Allahuakba­r’, namun setakat ini belum ada kumpulan mengaku bertanggun­gjawab.

Kedutaan AS di Bamako memberi amaran awal bulan ini tentang kemungkina­n peningkata­n ancaman serangan ke atas misi diplomatik Barat, rumah-rumah ibadat dan tempat lain yang kerap dikunjungi orang Barat.

Pada sidang kemuncak Perancis-Afrika di Bamako pada Januari, pemilik Kangaba, Herve Depardieu, telah mengadu tentang maklumat keselamata­n yang mengejutka­n daripada konsulat asing yang amat mengganggu kebebasan dan kehidupan mereka.

Kangaba yang terletak di pinggir timur Bamako, mempunyai rumah penginapan mirip pondok, selain restoran dan kolam renang, menurut laman sesawangny­a.

PBB mempunyai lebih 12,000 anggota di Mali dalam pasukan MINUSMA yang memulakan operasi pada 2013.

Perancis pula mempunyai 4,000 askar dalam pasukan Bakhane di lima negara, Mali, Mauritania, Niger, Chad dan Burkina Faso. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEBAKARAN menyusuli serangan sekumpulan lelaki bersenjata ke atas pusat peranginan Le Campement Kangaba di Dougourako­ro, timur Bamako, dalam gambar pegun rakaman video kelmarin.
— Gambar Reuters KEBAKARAN menyusuli serangan sekumpulan lelaki bersenjata ke atas pusat peranginan Le Campement Kangaba di Dougourako­ro, timur Bamako, dalam gambar pegun rakaman video kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia