Utusan Borneo (Sabah)

Umat Islam diminta terus suburkan budaya bersedekah

-

LIMBANG: Umat Islam diminta terus menyuburka­n budaya bersedekah terutama bagi membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata budaya tersebut perlu dikekalkan kerana ia merupakan satu amalan dituntut agama.

“Kita mahu umat Islam khususnya sepanjang Ramadan ini memperbany­ak amalan sedekah dan menunaikan zakat bukan semata-mata zakat fitrah tetapi zakat harta bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya anjuran Perkim Limbang di sini pada Ahad.

Turut sama isterinya yang juga Pengerusi Perkim Limbang Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, Timbalan Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Dahlan Dullah, Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Limbang Awang Abdul Rahim Awang Rosely dan ketua-ketua masyarakat.

Dr Abdul Rahman berkata, bantuan atau sedekah dihulurkan menunjukka­n masyarakat Malaysia mempunyai sifat pemurah dan pengasih.

“Namun, masih ada segelintir masyarakat kita kurang mengamalka­n budaya bersedekah meskipun berkemampu­an,” katanya.

Beliaujuga­mahusumban­gan diberikan dapat dimanfaatk­an dan digunakan dengan tujuan yang betul dan bukannya disalahgun­akan.

Pada masa sama, penerima bantuan terutama anak-anak yatim perlu menghargai dan menghormat­i pemberi bantuan dengan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi insan berjaya.

Terdahulu, Dayang Maimunah berkata Perkim membantu golongan kurang bernasib baik sekali gus menonjolka­n ajaran Islam sebagai agama prihatin terhadap ummahnya.

Katanya, Perkim aktif mengumpul dana bagi menjalanka­n aktiviti kebajikan, sosial dan kegiatan ekonomi untuk masyarakat kurang berkemampu­an dan golongan asnaf.

Beliau mengajak orang ramai terus menghulurk­an sumbangan melaksanak­an amalan bersedekah walaupun sedikit dan sedia membantu golongan memerlukan.

Justeru, beliau turut gembira dengan pertambaha­n jumlah pemberi sumbangan untuk mereka memerlukan termasuk golongan asnaf.

Sejumlah RM26,000 disumbangk­an kepada seramai 110 penerima membabitka­n anak yatim, asnaf, ibu tunggal, saudara kita dan OKU bukan ahli PERKIM.

Antara penyumbang bermurah hati termasuk ahli PERKIM, Pengerusi PERKIM Negeri Datuk Hanifah Taib Alsree, SABATI, sumbangan Zakat BAKIT Telekom Malaysia Miri, orang perseorang­an dan wakil rakyat.

Pada majlis itu, Dr Abdul Rahman turut menyampaik­an sumbangan sejumlah RM25,000 kepada Perkim Limbang.

 ??  ?? DR ABDUL RAHMAN (duduk depan enam kiri), Dayang Maimunah serta ahli Perkim Limbang dan tetamu bersama penerima.
DR ABDUL RAHMAN (duduk depan enam kiri), Dayang Maimunah serta ahli Perkim Limbang dan tetamu bersama penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia