Utusan Borneo (Sabah)

50 terima bantuan Wanita Umno Penampang

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Seramai 50 golongan kurang bernasib baik yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, miskin dan anak yatim menerima sumbangan daripada Wanita Umno Bahagian Penampang.

Ketua Wanita Umno Bahagian Penampang Noraini Idris berkata sumbangan itu adalah dalam bentuk wang tunai dan beras.

“Program ini kita lakukan setiap tahun di Penampang dan baru-baru ini, perkara yang sama kita lakukan di Kepayan.

“Sumbangan ini diharapkan mampu meringanka­n beban mereka pada sambutan Hari Raya yang bakal tiba,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaia­n Sumbangan Ramadan 2017, di sini, petang Ahad lalu.

Beliauberk­ata Wanita Umno Penampang sentiasa bersiap siaga untuk berhadapan pilihan raya akan datang.

Katanya setiap ahli Wanita juga ditugaskan sebagai Jalinan Rakyat (JR) yang mana setiap orang akan menjaga 30 pengundi.

“Inilah yang kita lakukan sejak beberapa bulan lepas. Setiap kawasan undi sudah dilantik ketua wanita dan dibantu oleh petugas-petugas bagi menjaga pengundi di kawasan masing-masing.

“Dalam mesyuarat Barisan Nasional (BN) Penampang yang diadakan baru-baru ini, saya sendiri telah memberikan taklimat mengenai usaha yang telah dilakukan,” katanya.

Noraini berkata bagi Puteri Umno Penampang, sayap itu akan bertanggun­gjawab mendapatka­n pengundi baharu. Wanita pula akan mengenal pasti pengundi ‘putih’ dan ‘atas pagar’ serta mereka yang sudah berpindah.

“Usaha seumpamany­a sudah dimulakan sejak setahun lalu dalam usaha parti ini bersiap siaga berhadapan pilihan raya yang bakal diadakan bila-bila masa,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Bahagian Umno Penampang Datuk John Ambrose dan Timbalan Ketua Umno bahagian Penampang Datuk Mohd Hasnol Ayub.

 ??  ?? NORAINI (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an John (dua kiri).
NORAINI (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an John (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia