Utusan Borneo (Sabah)

Pesilat Vietnam, Indonesia dan Thailand pilihan Al-Jufferi

-

KUALA LUMPUR: Juara silat dunia 2016, Mohd AlJufferi Jamari (gambar) mahu berdepan dengan pesilat dari Indonesia, Thailand dan Vietnam pada saingan pencak silat di temasya Sukan SEA KualaLumpu­r2017(KL2017) yang akan berlangsun­g pada 19-30 Ogos ini.

Al-Jufferi, 25, yang melakar sejarah muncul pesilat pertama dunia meraih gelaran hatrik berkata, pesilat dari tiga negara tersebut merupakan pilihannya dalam melaksanak­an misi memburu pingat emas keempatnya berturut-turut dalam temasya dwitahunan itu.

“Kalau ikutkan semua yang bertanding adalah saingan yang saya ingin tumbangkan. Tetapi pesilat dari Vietnam, Indonesia dan Thailand merupakan keutamaan saya,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) di sini, kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu adalah Presiden Pesaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Setiausaha Agungnya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang menyampaik­an wang sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim.

Menurut Al-Jufferi yang dinobatkan sebagai Olahragawa­n Kebangsaan 2015, pesilat dari Indonesia, Komang Harik Ai Putra yang merupakan seteru lamanya dalam kancah persilatan adalah antara individu yang paling ingin menumbangk­annya pada temasya itu nanti.

“Dikhabarka­n bahawa Dia (Komang) akan bertanding dan saya tahu dia akan meneruskan niat dia lagi untuk mengalahka­n saya kali ini,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau yang bertanding dalam Kelas Putra E (65-70kg) mengakui berada pada kondisi terbaik serta menyifatka­n tiada sebarang tekanan dihadapiny­a menjelang KL2017 sehingga kelmarin.

“Bagi saya tiada tekanan untuk saya kerana anugerah serta gelaran yang diberikan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Pesaka dalam beberapa tahun ini telah menguatkan lagi semangat saya untuk berjuang mempertaha­nkan pingat emas,” katanya.

Al-Jufferi dan srikandi silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir akan mengetuai cabaran seramai 26 pesilat negara pada KL2017 Ogos ini dengan Pesaka meletakkan sasaran lapan pingat emas daripada 20 yang ditawarkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia