Utusan Borneo (Sabah)

Portugal, Mexico terikat 2-2

Portugal seri 2-2 menentang Mexico

-

KAZAN, Rusia: Portugal mensia-siakan dua pendahulua­n gol selepas memulakan kempen Piala Konfederas­i dengan keputusan seri 2-2 menentang Mexico Ahad lepastetap­ikaptenpas­ukan, Cristiano Ronaldo berkata ia bukan sesuatu yang membimbang­kan.

Hector Moreno menjaringk­an gol penyamaan Mexico lima minit selepas Cedric meletakkan Portugal kembali di hadapan.

“Ia bukan keputusan yang kami mahukan,” kata Ronaldo. “Tidakperlu­berasa cemas, pasukan ini beraksi dengan baik. Ia keputusan yang baik pada 2-1 tetapi ia lumrah bola sepak. Mereka menjaringk­an gol pada minit akhir dan sekarang kami harus memikirkan tentang perlawanan seterusnya.

“Kami perlu terus percaya dengan diri kami sendiri, kami tahu kami mempunyai peluang yang hebat. Ada dua lagi perlawanan dan kerana itu kami kelihatan tenang. Sekarang kami perlu memikirkan tentang perlawanan seterusnya, di mana kami harus menang. Jika kami menang, kami hanya satu langkah ke peringkat seterusnya.”

Portugal akan menentang pasukan tuan rumah Moscow Rabu ini sementara Mexico menentang New Zealand di Sochi. Rusia mendahului Kumpulan A selepas menewaskan New Zealand 2-0 pada hari Sabtu.

Ronaldo, yang menjaringk­an 11 gol dalam tujuh perlawanan sebelum perlawanan Ahad lepas, mungkin tidak begitu menyerlah seperti kebiasaann­ya tetapi beliau masih dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Penyerang Real Madrid itu, di mana masa depannya di kelab itu menjadi spekulasi selepas dituduh oleh pendakwa raya Sepanyol melakukan penipuan cukai, mengumpan gol pembukaan Portugal.

Umpanan beliau mengeliruk­an pertahanan Mexico dan membolehka­n Ricardo Quaresma menjaringk­an gol.

Ronaldo juga mempunyai penglibata­n dalam gol yang tidak dibenarkan pengadil selepas mendapat nasihat dari Pengadil Bantuan Video (VAR).

Rembatan dari jarak jauh Ronaldo terkena palang sebelum Nani merembat bola muntah ke pintu gol tetapi pengadil membatalka­n gol itu kerana Nani sudah berkeduduk­an ofsaid.

Javier Hernandez mengikat gol Quaresma beberapa minit sebelum rehat dan dua gol dalam enam minit terakhir memastikan kedua-dua pasukan terikat satu mata.

Keputusan ini mengekalka­n tempoh penting kedua-dua pasukan.

Kali terakhir Mexico tewas pada perlawanan kompetetif ialah sembilan perlawanan yang lalu atau satu tahun yang lepas apabila Chile menewaskan mereka 7-0 pada kejohanan Copa Amerika.

Portugal juga mengekalka­n rekod tanpa kalah menentang Mexico dan kini memiliki rekod dua kemenangan dan dua kekalahan dari empat perlawanan sejak pertemuan pertama pada 1969.

“Kamimenent­angpasukan yang sangat bagus, pemain dengan teknikal yang bagus,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos.

“Pada awal permainan, kami tidak dapat mengawal bola tetapi kemudian kami berjaya mengimbang­i permainan dan boleh memenangi perlawanan. Pada akhirnya, keputusan ini boleh dianggap adil kerana Mexico juga bermain dengan baik.”

“Tidak perlu berasa cemas, pasukan ini beraksi dengan baik. Ia keputusan yang baik pada 2-1 tetapi ia lumrah bola sepak. Mereka menjaringk­an gol pada minit akhir dan sekarang kami harus memikirkan ” tentang perlawanan seterusnya. CRISTIANO RONALDO penyerang Portugal

 ??  ??
 ??  ?? RONALDO (kiri) menggelece­k melepasi dua pemain Mexico pada perlawanan di Kazan Arena, Kazan Ahad lepas. — Gambar Reuters
RONALDO (kiri) menggelece­k melepasi dua pemain Mexico pada perlawanan di Kazan Arena, Kazan Ahad lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia