Utusan Borneo (Sabah)

Spurs bakal kecewa lagi musim depan

-

LONDON, England: Tottenham Hotspur bakal berdepan satu lagi kekecewaan dalam Liga Juara-Juara musim hadapan kerana skuad mereka terlalu muda dan kurang berpengala­man untuk tahap tertinggi bola sepak, menurut bekas pemain Spurs, William Gallas (gambar).

Spurs layak secara automatik ke Liga Juara-Juara musim hadapan selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga kedua liga dengan penyerang Harry Kane dan Dele Alli berharap untuk membuat impak besar dalam kejohanan Eropah.

Mereka berharap untuk melakukan satu peningkata­n besar dari segi prestasi dari musim lepas, di mana mereka kemudian tersingkir ke kejohanan Liga Europa selepas keputusan mengecewak­an menentang Bayer Leverkusen dan Monaco di pusingan pertama.

Tetapi ketika skuad kendalian Mauricio Pochettino akan belajar dari musim lepas, Gallas mencadangk­an skuad muda Spurs bakal berdepan nasib yang sama musim hadapan.

“Ia mengecewak­an dengan apa yang berlaku musim lepas tetapi skuad Tottenham ini adalah terlalu muda untuk Liga Juara-Juara,” menurut beliau yang dipetik sebagai berkata oleh akhbar Daily Star.

“Menentang Monaco dan Bayer Leverkusen di pusingan pertama, ia menunjukka­n mereka memerlukan lebih banyak pengalaman. “Liga Juara-Juara adalah berbeza dengan Liga Perdana. Anda memerlukan pengalaman, anda perlu lebih bijak dan kekal fokus. Jika anda membanding­kan skuad kami ketika itu dan skuad semasa, kami mempunyai lebih ramai pemain lebih berusia dan berpengala­man.

“Saya berharap mereka akan belajar dari musim lepas dan memperbaik­inya.”

Gallas adalah sebahagian dari skuad di bawah bimbingan Harry Redknapp yang melangkah ke peringkat suku akhir enam tahun yang lalu – dalam skuad yang dibarisi pemain berbakat seperti Gareth Bale, Luka Modric dan Rafael van der Vaart, yang mengejutka­n AC Milan di pusingan kedua.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia