Utusan Borneo (Sabah)

129 kes kemalangan di Kinabatang­an

- Oleh SALMAN ABADI

KINABATANG­AN: Wakil Ketua Polis Daerah (KPD) Kinabatang­an ASP Marcos Andy Lawrence Muhi yang juga Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) melancarka­n Ops Selamat 11/2017 sempena Hari Raya Aidilfitri bagi daerah ini. Majlis pelancaran berlangsun­g di Kilometer 80 Jalan SandakanLa­had Datu di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatang­an, Khamis lalu.

Ia melibatkan 18 anggota IPD Beluran termasukla­h lima pegawai kanan, 10 anggota, tiga Amanita (polis wanita) dan juga dua kakitangan awam.

Turut terlibat menjayakan majlis pelancaran itu ialah para pegawai dari pelbagai agensi/jabatan kerajaan termasukla­h Pengarah Hospital Kinabatang­an, wakil Bomba, Rela, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan wakil Pejabat KBS serta 10 orang awam.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (KBSPT) IPD Kinabatang­an Insp Burhan Masri berkata beberapa aktiviti sempena pelancaran itu termasukla­hpengagiha­n‘goodies bag’ kepada para pemandu kenderaan yang melalui lokasi pelancaran sebagai simbolik pelancaran Ops Selamat 11/2017 bagi daerah Kinabatang­an.

Katanya beg berkenaan mengandung­i risalah (pamplet) yang mempunyai kandungan tentang lokasi-lokasi black spot dan hot spot.

Turut membantu menjayakan program Ops Selamat itu ialah pihak Amanita IPD Kinabatang­an.

Ops Selamat 11/2017 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini berlangsun­g selama dua minggu sehingga 2 Julai depan.

Burhan berkata sejumlah 19 kes kemalangan direkodkan di daerah Kinabatang­an pada Ops Selamat 9/2016 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, melibatkan dua kes kemalangan maut.

“Statistik kemalangan jalan raya di Kinabatang­an untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini (Januari- Mei 2017) ialah sebanyak 129 kes,” katanya kepada Utusan Borneo.

 ??  ?? MARCUS (duduk, tiga kiri) bersama anggota dan wakil agensi/jabatan kerajaan yang turut hadir pada Majlis Pelancaran Ops Selamat Kinabatang­an.
MARCUS (duduk, tiga kiri) bersama anggota dan wakil agensi/jabatan kerajaan yang turut hadir pada Majlis Pelancaran Ops Selamat Kinabatang­an.
 ??  ?? MARCUS menyerahka­n goodies bag kepada pemandu kenderaan sebagai gimik pelancaran Ops Selamat di Kinabatang­an.
MARCUS menyerahka­n goodies bag kepada pemandu kenderaan sebagai gimik pelancaran Ops Selamat di Kinabatang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia