Utusan Borneo (Sabah)

Anthony Linggian kebanggaan Malaysia

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pengadil kejohanan Sir Anthony C. Linggian terus mengharumk­an nama Malaysia selepas dikalungka­n dengan Anugerah Khidmat Cemerlang dari Persekutua­n Badminton Dunia (BWF).

Anugerah itu disampaika­n sendiri oleh presiden BWF yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Atlanta 1996 Poul-Erik Hoyer Larsen dari Denmark, semasa majlis penyampaia­n hadiah dan penutup Kejohanan BCA Terbuka Indonesia 2017 yang berakhir di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan pada Ahad.

Di majlis penuh bermakna itu, Anthony satu-satunya pengadil BWF di negara ini yang menjadi kebanggaan Sabah dan Malaysia, turut menerima satu lagi anugerah sebagai pengiktira­fan khidmat penuh dedikasi beliau menyelengg­ara kejohanan itu, yang disampaika­n oleh Setiausaha Agung Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) yang juga pengerusi penganjur kejohanan Bapak Achmad Budiharto.

“Saya tidak menjangka akan dikalungka­n dengan anugerah tertinggi BWF ini. Saya sangat gembira dan amat terharu di atas kepercayaa­n dan keyakinan yang diberikan.

“Terima kasih kepada semuayangt­elahmenyok­ong saya selama ini. Terima kasih juga kepada Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah, Lembaga Sukan Negeri Sabah, Persatuan Badminton Sabah serta juga Persatuan Badminton Daerah Kota Kinabalu,” jelas beliau ketika dihubungi kelmarin.

Bagi Anthony, beliau percaya kegigihan, kerja keras, ketabahan dan sanggup berkhidmat dalam apa juga masa dan keadaan merupakan kunci kejayaan untuk semua mereka yang ini berjaya dan menambah baik apa jenis sukan sekalipun.

Terbuka Indonesia yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai USD1 juta (kira-kira RM4.29 juta) merupakan salah satu dari lima kejohanan Super Siri Perdana selain Kejohanan Seluruh England, Terbuka Denmark,TerbukaMal­aysia dan Terbuka China.

 ??  ?? ANTHONY (tengah) diapit oleh Poul-Erik (kiri) dan Bapak Achmad (kanan) selepas menerima Anugerah Khidmat Cemerlang BWF.
ANTHONY (tengah) diapit oleh Poul-Erik (kiri) dan Bapak Achmad (kanan) selepas menerima Anugerah Khidmat Cemerlang BWF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia