Utusan Borneo (Sabah)

Vivo jadi penaja rasmi Fifa World Cup 2018 dan 2022

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR: Jenama telefon pintar global Vivo telah mengumumka­n kerjasama dengan Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (Fifa) untuk menaja Piala Dunia Fifa untuk tempoh enam tahun, melibatkan dua liga perlawanan bola sepak baru-baru ini.

Ia sekaligus akan men- jadikan Vivo sebagai penaja rasmi Piala Dunia Fifa 2018 dan 2022.

Sebagai jenama telefon pintar yang menjadi penaja rasmi Fifa World Cup, Vivo akan menaja Piala Konfederas­i Fifa 2017, Piala Dunia Fifa 2018 di Rusia, Piala Konfederas­i Fifa 2021 dan juga Piala Dunia Fifa 2022 di Qatar.

Melalui pengaruh global yang cukup besar, kerjasama selama enam tahun ini bakal membawa Vivo ke tahap yang lebih tinggi khususnya melibatkan pendedahan jenama telefon pintar ini di peringkat antarabang­sa.

Logo Vivo akan dipamerkan dalam setiap perlawanan yang diadakan termasukla­h di papan iklan yang terdapat di padang bola, tiket perlawanan, siaran media dan lain-lain lokasi promosi utama.

Hak yang diberikan oleh Fifa termasukla­h program pemasaran khusus seperti menjemput jurugambar Vivo untuk mengambil gambar pemain semasa sesi memanaskan badan.

Tidak lama lagi, Vivo juga akan memperkena­lkan telefon Fifa World Cup yang menawarkan pengalaman lain dari yang lain untuk pengguna Vivo dan para peminat bola sepak.

Selain itu, kakitangan Fifa juga akan menggunaka­n telefon pintar Vivo sepanjang perlawanan dan Piala Konfederas­i Fifa 2017 yang bermula pada 17 Jun ini bakal menandakan permulaan kerjasama di antara Vivo dan Fifa.

Sebagai penaja Piala Dunia Fifa, Vivo berhasrat untuk mendapatka­n lebih banyak perhatian di persada antarabang­sa dan dengan kemajuan teknologi dan usaha penjenamaa­n yang berterusan, Vivo komited untuk mewujudkan lebih banyak kejayaan cemerlang pada masa hadapan.

Penajaan Piala Dunia Fifa menunjukka­n perkembang­an progresif Vivo dalam menembusi pasaran antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia