Utusan Borneo (Sabah)

Puteri Umno gerak rumah ke rumah

280 keluarga dari 12 zon Parlimen Kinabatang­an terima sumbangan

- Oleh YUSOP TEPPO

BEBANAN yang ditanggung 240 keluarga kurang berkemampu­an di 12 zon dalam Parlimen Kinabatang­an sedikit berkuranga­n apabila masing-masing menerima sumbangan daripada pergerakan Puteri Umno Bahagian Kinabatang­an.

Sumbangan disalurkan menerusi Program Ziarah Amal Ramadan Puteri Umno Kinabatang­an membabitka­n penduduk di Zon Sukau, Suan Lamba, pesisiran pantai, bandar, Penangah, Minusuh, Langkabong, Napagang, Linayukan, Litang, Dagat dan Bukit Garam.

Program Ziarah Amal Ramadan itu telah diketuai oleh Ketuanya Dayang Noorhayati Titing bersama ahli jawatankua­sa pergerakan berkenaan.

Noorhayati berkata program Ziarah Amal Ramadan itu memfokuska­n golongan ibu tunggal, fakir miskin, anak yatim dan warga emas di sekitar kawasan Parlimen Kinabatang­an untuk disalurkan bantuan.

“Program Ziarah Amal Ramadan telah bergerak dari satu kampung ke kampung lain bagi mencari mereka agar tidak tercicir dalam senarai penerima bantuan. Puteri Umno mengunjung­i keluarga yang kurang berkemampu­an dan memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata pada kali ini, mereka adakan program ziarah rumah ke rumah bagi memberikan keceriaan sempena bulan Ramadan dan menjelangn­ya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Alhamdulil­lah, usaha kita menghulurk­an sumbangan ke 12 zon dalam Parlimen Kinabatang­an ini telah dilaksanak­an dengan jayanya, banyak pihak mendapat manfaat dan matlamatny­a juga tercapai untuk mendekati masyarakat di peringkat akar umbi,” jelasnya.

Noorhayati memberitah­u ia juga secara tidak langsung dapat mengeratka­n hubungan antara pelbagai selain memberi sedikit kegembiraa­n kepada mereka yang menerimany­a.

”Program ini bertujuan menyedarka­n generasi muda agar sentiasa mengingati golongan asnaf yang terdiri anak yatim, warga emas dan ibu tunggal yang kurang kemampuan,” katanya.

Beliau berkata Puteri Umno Bahagian Kinabatang­an turut mengadakan program terakhir iaitu ‘Shopping Raya’ bersama 20 anak yatim dan kurang berkemampu­an.

“Hasrat kita adalah untuk memastikan anak-anak yatim dan mereka yang kurang berkemampu­an ini merasai kegembiraa­n untuk menyambut Syawal yang bakal menjelang. Program ini juga bertujuan meringanka­n bebanan penjaga atau ibu bapa anak-anak ini menyediaka­n pakaian baru bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan fakir miskin perlu diberikan perhatian sewajarnya agar mereka dapat merasai kasih sayang sama seperti insan lain.

“Jangan sisih golongan ini, mereka juga harus dibantu agar dapat menjalani kehidupan sama seperti kita. Walaupun bantuan yang kita hulurkan dilihat sedikit tetapi usaha seperti ini adalah amat dihargai dan bernilai bagi mereka menerimany­a,” katanya.

 ??  ?? NOORHAYATI bersama jawatankua­sa mengunjung­i rumah keluarga kurang berkemampu­an bagi menyampaik­an sumbangan.
NOORHAYATI bersama jawatankua­sa mengunjung­i rumah keluarga kurang berkemampu­an bagi menyampaik­an sumbangan.
 ??  ?? ANAK-anak yatim dan kurang berkemampu­an bergambar bersama Noorhayati serta ahli jawatankua­sa dalam Program Shopping Raya.
ANAK-anak yatim dan kurang berkemampu­an bergambar bersama Noorhayati serta ahli jawatankua­sa dalam Program Shopping Raya.
 ??  ?? NOORHAYATI mendengar masalah seorang warga emas.
NOORHAYATI mendengar masalah seorang warga emas.
 ??  ?? ANAK yatim menerima sumbangan daripada Noorhayati.
ANAK yatim menerima sumbangan daripada Noorhayati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia