Utusan Borneo (Sabah)

BN utamakan kebajikan rakyat

511 anak yatim, ibu tunggal kawasan DUN Pantai Manis terima sumbangan

-

PAPAR: Seramai 511 penerima terdiri daripada 200 orang anak-anak yatim dan 311 ibu tunggal bagi kawasan DUN Pantai Manis telah menerima sumbangan daripada Ketua Bahagian Umno Papar Datuk Seri Haji Abdul Rahim Ismail berupa wang tunai dan bakul barangan dapur di Dewan Masyarakat Datuk Salleh Sulong, Papar barubaru ini.

Rahim berkata bantuan ini membuktika­n kerajaan amat prihatin terhadap keperluan golongan yang kurang bernasib baik terutama dalam bulan Ramadan dan menjelangn­ya Hari Raya Aidilfitri.

“Justeru itu manfaatkan­lah segala bantuan ini untuk diri dan keluarga, yang mana program ini adalah kali ke 25 dilaksanak­an dengan kerjasama semua pihak,” jelasnya.

Menurut beliau lagi , Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengutamak­an pembanguna­n dan para pemimpinny­a sentiasa turun padang dalam mengenalpa­sti permasalah­an rakyat sekaligus menyelesai­kannya.

“Ini menunjukka­n bahawa kerajaan BN amat prihatin terhadap kebajikan rakyat agar mereka sentiasa hidup dalam aman dan selesa serta tidak terpinggir.

Katanya, program seumpama ini akan diteruskan sampai bila-bila yang secara tidak langsung kita dapat sama merasai sentuhan kasih serta emosi mereka yang menerima bantuan berkenaan.

Sehubungan itu Rahim yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) menyeru umat Islam agar terus memperkuat­kan ukhuwah dan kesatuan mereka dalam usaha meningkatk­an syiar Islam khususnya untuk generasi muda.

Beliau mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada Brunai FM yang turut sama menjayakan majlis ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Papar Adnan Hj. Atin, Setiausaha Umno Bahagian Papar Hj.Abdillah Hj.Imran, Ketua Pergerakan Wanita Umno Papar Datin Seri Hjh Dg. Ku Ainun Pg.Bagul, PPM Pantai Manis Hj.Ag.Arshad Hj.Ag. Kahar, Ketua Pergerakan Puteri Umno Papar Fahzean Hj.Mohiddin, PPD Papar Suhaimi Hj.Harun, AJKAJK Umno Papar, Wanita, Puteri serta para pemimpin setempat.

Dalam masa sama , Rahim juga telah menyampaik­an sumbangan Ihya Ramadan kepada 65 orang golongan asnaf terdiri dari ibu tunggal, anak yatim, keluarga kurang kemampuan serta warga emas di Surau Kg.Surati Papar.

Bantuan ini membuktika­n kerajaan amat prihatin terhadap keperluan golongan yang kurang bernasib baik terutama dalam bulan Ramadan dan menjelangn­ya Hari Raya Aidilfitri.Justeru itu manfaatkan­lah segala bantuan ini untuk diri dan keluarga, yang mana program ini adalah kali ke 25 dilaksanak­an dengan kerjasama semua pihak. DATUK SERI HAJI ABDUL RAHIM ISMAIL Ketua Bahagian Umno Papar

 ??  ??
 ??  ?? RAHIM menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal di Dewan Masyarakat Datuk Salleh Sulong, Papar.
RAHIM menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal di Dewan Masyarakat Datuk Salleh Sulong, Papar.
 ??  ?? HJH Dg. Ku Ainun menyampaik­an bakul makanan kepada salah seorang warga emas.
HJH Dg. Ku Ainun menyampaik­an bakul makanan kepada salah seorang warga emas.
 ??  ?? RAHIM merakamkan gambar bersama Adnan, pemimpin setempat dan tetamu yang hadir.
RAHIM merakamkan gambar bersama Adnan, pemimpin setempat dan tetamu yang hadir.
 ??  ?? BERSAMA warga Brunai FM di majlis itu.
BERSAMA warga Brunai FM di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia