Utusan Borneo (Sabah)

Perintah berkurung dilanjut hingga 9 Julai

- RAMLI

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir kelmarin dilanjutka­n hingga 9 Julai depan.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

Dengan pelanjutan yang bermula esok itu, semua penduduk di kawasan terlibat diminta supaya berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan antara 6 petang hingga 6 pagi, katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

“Perintah berkurung diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an serta pelancong yang melawat pulau-pulau peranginan,” katanya. Menurutnya, berdasarka­n siasatan, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalanka­n kegiatan menculik bagi mendapatka­n wang tebusan dari selatan Filipina, masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

Ramli berkata, perintah berkurung itu diteruskan bagi menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta yang berada di kawasan daratan Esszone.

Perintah berkurung itu juga memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal pasukan keselamata­n di sekitar kawasan mereka, katanya.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah terlibat untuk mengeluark­an permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia