Utusan Borneo (Sabah)

Filipina, Indonesia dan M'sia komited tangani cabaran rentas sempadan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia, Indonesia dan Filipina telah mengulangi komitmen kerajaan masingmasi­ng untuk menangani dengan berkesan cabaran sedia ada dan cabaran rentas sempadan yang baru muncul serta ancaman yang berpotensi menggugat kestabilan dan kesejahter­aan negara-negara di rantau itu.

Ketiga-tiga negara juga akan mengkaji untuk meningkatk­an kerjasama dalam menangani ancaman keganasan dan ekstremism­e yang dihadapi rantau ini.

Perkara ini terkandung dalam kenyataan bersama yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Luar Malaysia selepas mesyuarat tiga hala menteri luar Malaysia dan Indonesia serta setiausaha hal ehwal luar Filipina di Manila pada Khamis.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi dan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Alan Peter S. Cayetano.

"Para menteri menimbulka­n kebimbanga­n terhadap insiden keganasan dan ekstremism­e di negara masing-masing barubaru ini dan mengulangi hasrat untuk bekerjasam­a bagi membangunk­an dan melaksanak­an langkahlan­gkah serta strategi bagi memerangi keganasan secara bersama," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, para menteri telah membincang­kan dan bersetuju ungtuk menugaskan pegawai kanan mereka untuk mempertimb­angkan Pelan Tindakan, termasuk menggalakk­an pembanguna­n sosial dan ekonomi khususnya di kawasan bersempada­n ketiga-tiga negara dan menyekat aliran pembiayaan pengganas.

Pelan Tindakan itu, yang perlu dilaporkan dalam mesyuarat akan datang dijadual diadakan di Indonesia pada Oktober tahun ini, juga termasuk meningkatk­an usaha dan kerjasama dalam menangani punca masalah itu dan mengenal pasti punca yang mencetuska­n tindakan ekstremism­e.

Di samping itu, para menteri mengulangi pandangan yang dikongsi bersama bahawa kejayaan dalam menangani ancaman rentas sempadan secara berkesan hanya boleh dicapai melalui pembanguna­n strategi yang efektif, kerjasamad­alamkesela­matan dan perisikan pada skala serantau.

 ??  ?? ANIFAH (tengah) sedang berkata sesuatu dengan Alan (kiri) dan Retno (kanan) selepas mesyuarat berkenaan.
ANIFAH (tengah) sedang berkata sesuatu dengan Alan (kiri) dan Retno (kanan) selepas mesyuarat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia