Utusan Borneo (Sabah)

TERMINAL BAS SESAK

Warga bandaraya balik kampung pada saat terakhir

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sehari sebelum sambutan Aidilfitri, semakin ramai orang bersesak dan menunggu giliran di terminal bas utama di Inanam, dekat sini, untuk balik ke kampung halaman masing-masing.

Tinjauan Utusan Borneo seawal jam 8 pagi kelmarin mendapati terminal bas berkenaan dipenuhi orang ramai yang hendak pulang ke pelbagai destinasi di pantai timur Sabah, seperti Sandakan, Tawau, Semporna dan Lahad Datu.

Sebahagian daripada mereka sudah menempah tiket awal dan hanya menunggu bas bertolak, manakala sebahagian lagi baru berbaris untuk membeli tiket.

Tinjauan juga mendapati mereka membawa sejumlah barangan kargo, sekali gus menjadikan kawasan terminal bas sesak.

Pengguna, Mohammad Faizal Bustiar, 26, bernasib baik kerana dia dan ahli keluargany­a membeli tiket awal dan bukan pada saat terakhir. "Berdasarka­n pengalaman, membeli tiket pada saat terakhir bukan tindakan bijak kerana ia kadang-kadang boleh menyebabka­n kita terlepas untuk balik ke kampung mengikut jadual dirancangk­an," katanya.

Katanya, ini adalah kali pertama dia membeli tiket balik ke Sandakan memandangk­an sebelum ini dia hanya bekerja di bandar itu.

Menurutnya, tahun ini dia dan keluargany­a menetap di Kota Kinabalu atas tujuan kerja dan pengalaman balik kampung itu juga adalah yang pertama kali.

Seorang lagi pengguna, Gifshan Narawangsa, 21, berkata dia juga membeli tiket bas awal disebabkan takut kehabisan tiket pada saat terakhir.

"Selain itu, saya dan ahli keluarga turut bimbang sekiranyat­iketbasdin­aikkan. Bagaimanap­un, tambang ke Sandakan masih kekal RM43.

"Tambang ini berpatutan dan ianya perlu diteruskan, saya juga tidak berhadapan dengan masalah tiket," katanya.

Sementara itu, salah seorang kakitangan menjual tiket bas di terminal itu, Khadijah Sitom berkata, tiket bas ke Pantai Timur Sabah mendapat permintaan tinggi.

Beliau juga berkata kebanyakan penumpang yang menempah tiket awal untuk balik Hari Raya adalah berasal dari Sarawak.

"Kebanyakan mereka berasal dari Lawas, Limbang dan sesetengah dari Brunei yang bekerja di Sabah.

"Mereka memilih menaiki bas untuk kembali ke kampung masing-masing kerana tambang kapal terbang pada waktu puncak adalah sangat mahal," katanya.

 ??  ?? FAIZAL
FAIZAL
 ??  ?? GIFSHAN
GIFSHAN
 ??  ?? MASIH terdapat penumpang yang membeli tiket bas pada saat terakhir.
MASIH terdapat penumpang yang membeli tiket bas pada saat terakhir.
 ??  ?? ORANG ramai menunggu giliran untuk menaiki bas masing-masing.
ORANG ramai menunggu giliran untuk menaiki bas masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia