Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Iftar Ramadan PKBM bersama persatuan mualaf

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Pertubuhan Kebajikan Budiman Malaysia (PKBM) telah mengadakan majlis berbukan puasa (Iftar) Ramadan bersama para ahli Persatuan Mualaf Muslimah Sabah dengan kerjasama Badan Belia Usia Bahagian Tawau.

Majlis dihadiri hampir 200 orang di kalangan ahli berdaftar PKBM Sabah, Badan Belia Usia Bahagian Tawau dan mereka yang diraikan iaitu ahli berdaftar Persatuan Mualaf Muslimah Sabah berserta ahli keluarga mereka.

Ia adalah program julung kali diadakan oleh PKBM Sabah bagi meraikan golongan mualaf yang ada di Tawau bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak 1438H.

Programinj­ugadiserik­anlagideng­an kehadiran Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) DUN N55 Balung Syed Hassan Syed Idrus yang mewakili Speaker DUN Sabah Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N55 Balung Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali dan Ketua Badan Belia Usia Bahagian Tawau Haji Mohd Ekbal Hj Khalid.

Pengerusi PKBM Sabah Ismail Awang berkata, masyarakat perlu memberi sokongan dan meraikan penghijrah­an saudara baharu masuk Islam agar hati mereka terus lembut bersama Islam.

Masyarakat di sekeliling perlu prihatin dan sentiasa membantu para mualaf agar mereka dapat istiqamah dan membimbing mereka untuk memperting­katkan amal ibadah dan pengetahua­n di dalam Islam.

Beliau juga menyatakan bahawa para saudara baharu ini juga sudah tentu menghadapi cabaran yang hebat di dalam penghijara­han mereka seperti tentangan keluarga, tiada dorongan, tiada bimbingan susulan dan sebagainya.

“Oleh yang demikian, PKBM Sabah dalam rangka mengadakan Kelas Bimbingan Agama dengan kerjasama Pusat e-Desa Tanjung Batu (Bilik Kelas dan Modul Interaktif) dan kerjasama Badan Belia Usia Bahagian Tawau.

Selain itu, Ismail juga menegaskan tentang peranan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan seperti Pusat Zakat Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) agar turut fokus membantu golongan mualaf yang merupakan salah satu golongan asnaf yang jelas.

Kita ada mendengar khabar angin dan persepsi masyarakat luar yang menyatakan bahawa pihak-pihak berkaitan hanya lebih tertumpu kepada golongan fakir dan miskin di dalam menyalurka­n bantuan wang zakat dan tidak begitu fokus kepada golongan mualaf kerana mungkin ada mualaf yang bukan miskin.

Namun, golongan asnaf iaitu para mualaf ini juga sungguhpun mereka berkemampu­n dari segi wang ringgit tetapi mereka juga perlu diberikan bantuan seperti pendidikan agama Islam, motivasi dan program-program keagamaan dan kemasyarak­atan agar hati mereka lebih dekat dengan Islam dan Istiqamah.

Sememangny­a, pihak berwajib telah menjalanka­n tugas mereka sewajarnya dan kita mengharapk­an mereka juga dapat membantu memberi tumpuan lebih kepada para mualaf juga yang jelas telah dikategori­kan sebagai salah satu golongan asnaf.

Kita juga menyeru agar pihak Pusat Zakat Sabah terutamany­a agar dapat mengkaji kembali prosidur untuk mendapatka­n bantuan zakat di Sabah khususnya kerana kita juga ada menerima aduan bahawa prosidur yang agak ketat dan membebanka­n pada penerima terutamany­a mereka yang tergolong sebagai fakir dan miskin.

Di dalam majlis ini juga, penyampaia­n sumbangan duit raya kepada 40 orang mualaf di samping meraikan para mualaf yang berdaftar di bawah Persatuan Mualaf Muslimah Sabah secara umumnya.

Program ini juga dilaksanak­an untuk mengeratka­n silaturahi­m di antara PKBM Sabah dan Persatuan Mualaf Muslimah Sabah serta sebagai titik tolak permulaan kerjasama yang lebih erat untuk program akan datang.

 ??  ?? ISMAIL semasa menyampaik­an cenderahat­i kepada Syed Hassan semasa majlis itu.
ISMAIL semasa menyampaik­an cenderahat­i kepada Syed Hassan semasa majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia