Utusan Borneo (Sabah)

Aidilfitri wadah kesyukuran: Sakaran

Umat Islam diminta hayati nilai-nilai ajaran Islam sebenar

-

KOTA KINABALU: Umat Islam diminta menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai wadah untuk bermuhasab­ah dan meningkatk­an kefahaman beragama seterusnya berazam memantapka­n akidah dengan menghayati nila-nilai ajaran Islam sebenar.

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Tun Sakaran Dandai (gambar) berkata, umat Islam perlu menghindar­i melakukan amalan yang boleh mencemarka­n kesucian Hari Raya Aidilfitri, sebaliknya menyambut kedatangan bulan yang mulia itu dengan rasa kesyukuran dan keinsafan.

Demikian menurut beliau ketika menyampaik­an perutusan Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M di kediamanny­a di Likas.

“Hikmahnya adalah untuk menyatupad­ukan ummah serta memberi peluang kepada setiap individu muslim bersalaman dan saling memaafkan di antara satu sama lain bagi memperkuku­hkan ukhuwah dan menjalin muhibbah.

“Ingatlah tiada yang terbaik selain menyemarak­kan Hari Raya Aidilfitri dengan nilai kemaafan dan saling berkasih sayang dengan memperkuku­hkan kekuatan ummah sehingga tidak mudah dipersenda oleh musuh Islam,” katanya.

Katanya, umat Islam perlu merebut peluang perayaan ini untuk mengeratka­n lagi tali persaudara­an, persahabat­an dan jalinan muhibbah di kalangan mereka.

“Nilaiperpa­duandalamk­onsep perkongsia­n perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan lain-lain perayaan dapat mengeratka­n persefaham­an dan hubungan yang baik jika semua kaum di Malaysia bersifat sederhana dan sanggup bergaul dalam setiap perayaan,” katanya.

Menurut Sakaran, semangat HariRayaAi­dilfitriya­ngdisambut hendaklah mengekalka­n kepada pengukuhan hubungan persaudara­an di antara satu dengan yang lain.

“Sebagaiman­a yang ditunjuk oleh generasi awal umat Islam yang membawa kepada kemuliaan,” katanya.

Seterusnya beliau menjelaska­n sekiranya umat Islam dapat menghayati sepenuhnya alQuran yang berasaskan prinsip rahmat, kemanusiaa­n dan keadilan mereka akan mendapat rahmat dari Allah.

“Cukuplah, kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini diratah dan diganggu gugat dalam semua hal,” katanya.

Menurut Sakaran, umat Islam di Malaysia berasa bersyukur kerana pada keselurann­ya dapat merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana aman dan penuh harmoni tanpa sebarang masalah seperti terjadi kepada umat Islam luar negara.

“Marilah kita sama-sama berusaha mempertaha­nkan ketinggian dan kesusian alQuran dengan menolak segala bentuk percubaan dan keganasan yang mengaitkan Islam.

“Kita mensyukuri nikmat kemerdekaa­n, keamanan, perpaduan dan pembanguna­n negara dengan pengurusan pentadbira­n yang baik oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia di peringkat pusat dan Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah di peringkat negeri,” katanya.

Sakaran yang juga mantan Yang Dipertua Negeri Sabah mengucapka­n syabas dan tahniah kepada pasukan keselamata­n PDRM, Angkatan Tentera, APMM JPAM, Rela kerana telah memberi khidmat cemerlang untuk menjaga keamanan negara sehingga umat Islam dan umat yang lain dapat merayakan apa juga perayaan tanpa rasa takut dan gusar.

“Walaupun dalam suasana keseronoka­n, janganlah pula kita leka sehingga melebihleb­ih dalam menyambutn­ya mengabaika­n keselamata­n diri kita, keluarga, harta benda terutama mereka yang hendak balik kampung dan menggunaka­n kenderaan, sentiasa berhati-hati bila berada di jalan raya dan pandulah secara berhemah,” katanya.

Selain dari itu menurut Sakaran dalam tibanya Syawal yang mulia ini mereka yang kurang berada seperti kumpulan asnaf, fakir miskin, anak-anak yatim piatu dan balu-balu hendaklah dibantu untuk dapat sama-sama meraikan Hari Raya Aidilftri.

Sementara umat Islam juga disarankan supaya tidak berbelanja lebih dari kemampuan terutama ibu bapa yang mempunyai anak-anak masih bersekolah, keutamaan hendaklah diberikan kepada penabungan untuk persekolah­an dan masa depan anak mereka.

Akhirnya Sakaran dan Toh Puan Datuk Seri Panglima Siti Rukayah Datuk Panglima Abdullah serta keluarga mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam di mana sahaja mereka berada.

“Ingatlahti­adayangter­baikselain­menyemarak­kan Hari Raya Aidilfitri dengan nilai kemaafan dan saling berkasih sayang dengan memperkuku­hkan kekuatan ummah sehingga tidak mudah dipersenda oleh musuh Islam. TUN SAKARAN DANDAI Yang Dipertua Usia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia