Utusan Borneo (Sabah)

Nancy yakin SPAD amal tadbir urus tahap tinggi

-

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yakin Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) akan sentiasa mengamalka­n tahap tadbir urus tertinggi melalui komitmen Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Mohd Azharuddin Mat Sah dan pasukan pengurusan SPAD.

Nancy yang merupakan menteri bertanggun­gjawab mengendali­kan urusan SPAD berkata, Pemangku Pengerusi suruhanjay­a itu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam kapasiti pengerusi bukan eksekutif, memainkan peranan mempengeru­sikan mesyuarat anggota suruhanjay­a bagi memastikan hala tuju strategik seperti mana yang terkandung dalam Rancangan Induk Pengangkut­an Awam Darat Negara.

“Segala aspek pentadbira­n dan pengurusan suruhanjay­a, termasuk operasi, perancanga­n, pelesenan serta penguatkua­saan adalah di bawah pentadbira­n Ketua Pegawai Eksekutif dan barisan pengurusan SPAD.

“Saya percaya momentum dan semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam budaya kerja SPAD akan terus diperhebat­kan lagi bagi memastikan transforma­si pengangkut­an awam darat dapat dilaksanak­an demi kepentinga­n rakyat,” katanya dalam kenyataan, di sini kelmarin.

Beberapa portal berita melaporkan pelantikan Isa sebagai Pemangku Pengerusi SPAD yang diumumkan pada 19 Jun lepas mendapat kritikan susulan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) semasa Isa menyandang jawatan Pengerusi FGV.

Nancyberka­taSPADmeru­pakanbadan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat 2010 yang jelas menggarisk­an bidang kuasanya.

Menurutnya sebagai sebuah suruhanjay­a, Kerajaan telah pun memastikan terdapat sistem semak dan imbang dalam pelaksanaa­n semua aktiviti dan operasi SPAD.

“Malah jawatankua­sa audit suruhanjay­a serta bahagian undangunda­ng akan memastikan pihak pengurusan sentiasa mematuhi dan mengikuti tadbiran dan keperluan perundanga­n terkini ketika menjalanka­n tugas mereka,” katanya.

Tambah Nancy sejajar dengan peranan SPAD sebagai sebuah badan perancang yang profesiona­l dan proaktif serta pengawal selia industri, SPAD mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang teratur dan terperinci.

Beliau berkata kerajaan juga telah menetapkan garis panduan serta mekanisme kawalan bagi pelaksanaa­n projek-projek infrastruk­tur untuk membangunk­an pengangkut­an awam darat dengan telus, amanah dan berintegri­ti. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia