Utusan Borneo (Sabah)

Persiapan akhir menjelang Aidilfitri

Pusat beli-belah jadi tumpuan orang ramai

- Oleh ALFRED PETRUS

“Persiapan raya tahun ini agak sederhana sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini mungkin juga disebabkan keadaan ekonomi kita yang tidak seberapa dan perlu berbelanja dengan baik atau berjimat cermat. ARLIZA ALI OMAR Pengunjung

KOTA KINABALU: Walaupun kelihatan kesibukan warga kota pada penghujung Ramadan ini, masih ramai membanjir pusatpusat membeli belah sekitar Kota Kinabalu untuk membuat persiapan akhir Hari Raya Aidilfitri.

Jika dilihat, tumpuan pengunjung tertumpu kepada pakaian-pakaian sesuai yang digunakan untuk hari raya.

Selain daripada itu, kedaikedai kasut juga turut menjadi tumpuan kepada pengunjung yang datang.

Begitu juga dengan Arliza Ali Omar, 30, turut membuat persiapan terakhir mereka sekeluarga untuk menyambut hari raya.

Katanya, persiapan yang dibuat pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya hanyalah ala kadar.

“Persiapan raya tahun ini agak sederhana sama seperti tahuntahun sebelumnya.

“Ini mungkin juga disebabkan keadaan ekonomi kita yang tidak seberapa dan perlu berbelanja dengan baik atau berjimat cermat.

“Untuk raya kali ini, kami membeli mengikut keutamaan,” katanya ketika ditemui media.

Tambahnya, apa yang tidak diperlukan akan diketepika­n dahulu agar keperluan yang penting dapat dibeli.

Beliau yang bersama ibunya ketika membeli belah itu hanya mencari baju raya sahaja sebagai persiapan akhir.

Menurutnya, segala persiapan seperti kuih muih telahpun mereka siapkan.

“Kamiselalu­membuatper­siapan akhir seperti sekarang ini yang mana kami mencari baju-baju raya untuk semua ahli keluarga.

“Untuk kuih muih pula sudah siap dibuat lebih awal dan selain baju raya yang dicari, saya dan ibu juga membantu adik-beradik lain untuk membeli kelengkapa­n mereka seperti baju Melayu, songkok dan baju kurung kanakkanak,” tambahnya.

Beliau yang tinggal di Kampung Likas itu sudah menjadi kebiasaan membuat persiapan raya pada akhir Ramadan kerana hanya membuat rumah terbuka dalam raya kesepuluh.

“Ini yang membuatkan kami tidak tergesa-gesa untuk membuat persiapan raya setiap tahun,” jelasnya.

 ??  ?? ARLIZA (kanan) bersama ibunya membeli belah sekitar Kota Kinabalu.
ARLIZA (kanan) bersama ibunya membeli belah sekitar Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia