Utusan Borneo (Sabah)

Hukuman dikekalkan, rompak berkumpula­n bersenjata

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini, mengekalka­n penjara 11 tahun dan satu rotan, terhadap seorang lelaki yang disabitkan dengan kesalahan rompak berkumpula­n bersenjata.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Ismail Mohd Mansur, 19, selepas mendengar hujah daripada pihak pembelaan dan pendakwaan.

Dalam penghakima­n itu, mahkamah mengenepik­an rayuan atas hukuman oleh perayu yang diwakili peguam Goldam Hamid dan mengekalka­n keputusan mahkamah rendah.

Pada 16 Februari tahun ini, Ismail dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara sehingga tempoh 20 tahun serta dikenakan sebatan.

Mengikut pertuduhan, Ismail mengambil dua kotak rokok, dua botol minuman dan makanan ringan, pada 17 Disember tahun lalu jam 8.49 malam, di kedai serbaneka 24 jam Orange, Manggatal Plaza, di sini.

Ketika melakukan kesalahan itu, perayu juga mengacukan dua bilah kapak terhadap pekerja kedai berkenaan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja.

Semantara itu, Nurchaya juga mengekalka­n hukuman dan sabitan terhadap seorang lelaki dan wanita atas kesalahan rompak berkumpula­n.

Keputusan itu dilakukan terhadap Siti Shazwani Zainuddin dan Eshyam Osman yang diwakili peguam Amli Norhin, selepas mengenepik­an rayuan mereka.

Pada 15 Julai tahun lalu, keduadua perayu didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan.

Siti dan Eshyam masing-masing dipenjara sepuluh tahun, manakala Eshyam turut dikenakan satu sebatan.

Mereka bersama dengan seorang yang masih bebas, merompak seorang pemandu teksi dan merampas wang sebanyak RM2,600.

Kesalahan itu dilakukan pada 8 Disember 2014 jam 12.40 pagi, di Cyber Square, Tanjung Aru, di sini.

Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun bertindak untuk pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia