Utusan Borneo (Sabah)

Puteri dekati wanita muda

Untuk menyelami masalah dan keperluan mereka

-

KOTA KINABALU: Ahli Pergerakan Puteri Umno diminta terus menggiatka­n usaha mendekati masyarakat di peringkat akar umbi terutama wanita muda dalam menyelami masalah dan keperluan mereka.

Naib Ketua Puteri Umno Sabah Zakiah Kalipunya berkata, hubungan erat antara anggota Puteri perlu diteruskan dari semasa ke semasa tanpa menunggu ketika musim pilihan raya.

“Saya meminta semua anggota di semua lapisan baik di peringkat cawangan, bahagian atau negeri agar terus berusaha mendekati rakyat di peringkat akar umbi.

“Semua ini penting supaya kita dapat mengetahui permasalah mereka serta keperluan bagi memastikan nasib mereka ini terus terbela,” katanya pada Program Shopping Raya bersama 50 anak golongan asnaf di pusat membelia belah Milimewa Lahad Datu semalam.

Katanya, anggota Puteri Umno juga perlu kreatif dalam mempelbaga­ikan aktiviti supaya dapat diterima baik oleh kelompok sasaran serta berjaya mencapai matlamat yang diinginkan.

“Ahli Puteri dalam hal ini perlu bekerja lebih keras kerana senario generasi hari ini sama ada keperluan dan isu-isu yang berlegar dalam kalangan mereka juga sudah berubah.

“Oleh itu, kita perlu lebih bersedia dengan ilmu dan maklumat terkini supaya tidak ketinggala­n dengan perkembang­an semasa,” katanya.

Beliau berkata, program shopping raya itu merupakan salah satu langkah terbaik untuk mendekati rakyat.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Silam Zuraidah Asdain berkata, program ini antara lain bertujuan membantu golongan sasar iaitu anakanak golongan yang tidak berkemampu­an agar mereka tidak rasa terpinggir dan kekurangan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang meriah,” katanya di sini kelmarin.

Menurut beliau Puteri berperanan penting untuk terus menggerakk­an pelbagai aktiviti agar golongan yang kurang berkemampu­an dibantu terutama dalam keadaan ekonomi sekarang.

Beliau turut menyeru agar Puteri di seluruh negeri meneruskan usaha memperkasa aktiviti sosial dan kebajikan melibatkan komuniti di peringkat akar umbi dan terus komited dalam merealisas­ikan aspirasi kerajaan.

“Golongan asnaf yang terpilih mengikuti program itu adalah kanak-kanak dari keluarga yang tidak berkemampu­an, yatim piatu dan kurang upaya.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada Puteri Umno kerana memilih bahagian Silam untuk melaksanak­an program itu yang akan dimanfaatk­an oleh 50 kanak-kanak terutama sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya.

“Saya meminta semua anggota di semua lapisan baik di peringkat cawangan, bahagian atau negeri agar terus berusaha mendekati rakyat di peringkat akar umbi. Semua ini penting supaya kita dapat mengetahui permasalah mereka serta keperluan bagi memastikan nasib mereka ini terus terbela ZAKIAH KALIPUNYA Naib Ketua Puteri Umno Sabah

 ??  ?? ANAK-anak golongan asnaf gembira menerima baju raya dan duit raya sempena Program Shopping Raya Puteri Umno Sabah.
ANAK-anak golongan asnaf gembira menerima baju raya dan duit raya sempena Program Shopping Raya Puteri Umno Sabah.
 ??  ?? ZAKIAH dan Zuraidah sedang membantu anak-anak asnaf membeli belah baju raya.
ZAKIAH dan Zuraidah sedang membantu anak-anak asnaf membeli belah baju raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia