Utusan Borneo (Sabah)

Upko sumbang kemeja-t, hamper kepada peserta Kem Katolik Muda Pogunon

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) telah menyampaik­an sumbangan kemeja-t dan hamper kepada peserta Kem Katolik Muda Pogunon.

Sumbangan berkenaan disampaika­n oleh Setiausaha Agung Upko Datuk Donald Peter Mojuntin kepada Pengerusi Penganjur Carolyn Maximilan Golingai di Dewan Gereja St. Joseph Pogunon, pada Rabu.

Donald berkata, kemeja-t itu adalah untuk digunakan peserta dan tenaga pengajar semasa kem itu diadakan.

Katanya, selain membantu meningkatk­an kerohanian khususnya di kalangan generasi belia, kem itu juga dapat memupuk keharmonia­n dan merapatkan perpaduan di kalangan peserta.

“Sayadifaha­mkanbahawa­kem seumpama ini telah dianjurkan sejak tiga tahun berturut-turut termasuk tahun ini.

Jumlah peserta juga amat menggalakk­an dan sudah pastilah ia adalah berkat kesungguha­n jawatankua­sa penganjur dalam menjayakan kem ini,” katanya.

Donald, yang juga Ketua Upko Bahagian Penampang berkata, penganjura­n Kem Katolik Muda Pogunon amat bermakna dan betepatan kerana ia adalah landasan untuk membina masyarakat khususnya para belia dalam meningkatk­an kerohanian agama.

Semantara itu, Pengerusi Penganjur Kem Katolik Muda Pogunon Carolyn Maximilan Golingai berkata, kem ini akan diadakan pada 23 hingga 25 Jun ini di Dewan Gereja St. Joseph Pogunon.

Katanya, kem itu akan disertai seramai 120 peserta. Ia dianjurkan bersama Komuniti Belia Pelaksana, PIBG dan guru-guru.

Turut hadir Ketua Kampung (Kg) Pogunon Wilfred Lojuki, Pengerusi JKKK Kg. Pogunon Jefry Lojutin yang juga Pengerusi Upko Cawangan PogunonKet­uaCawangan­Upko Pogunon Prisca Lambun.

 ??  ?? DONALD (lima dari kanan) menerima cenderahat­i daripada Carolyn (lima dari kiri).
DONALD (lima dari kanan) menerima cenderahat­i daripada Carolyn (lima dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia