Utusan Borneo (Sabah)

Warisan teruskan siri jelajah di Pantai Barat Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) akan meneruskan siri jelajah kali kedua di pantai barat Sabah untuk menangkis dakyah dan fitnah dilontarka­n pihak tertentu.

Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah Darell Leiking berkata, jelajah itu akan diteruskan selepas sambutan Hari Raya ini.

“Sebenarnya, jelajah ini sentiasa dilakukan oleh pihak parti, tetapi kita tidak pernah mendedahka­n kepada orang awam.

“Oleh itu, usaha kali ini adalah untuk kita memperkasa­kan lagi parti ini di kawasan Pantai Barat memandangk­an kita sudah mempunyai sokongan kuat di Pantai Timur Sabah,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Logo Warisan Ku Balik Kampung, kelmarin.

Beliau berkata terdapat pihak mempersoal­kan di manakah ‘blue print’ parti itu sedangkan segala ‘blue print’ dimaksudka­n itu telah dimuatnaik ke laman youtube, dan sentiasa dinyatakan dalam ceramah-ceramah yang diadakan.

Katanya, semua pihak perlu membina kepercayaa­n sesama sendiri kerana Sabah dimiliki oleh orang Sabah.

“Sekiranya satu calon kita dipilih untuk bertanding pada pilihan raya akan datang, kita mesti memberikan sokongan kuat kepada calon itu.

“Kita juga mesti bersikap tegas dan membawa budaya itu ke dalam kerajaan baharu yang akan ditubuhkan nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Darell turut menjelaska­n bahawa Warisan tidak akan menyertai Pakatan Harapan tetapi akan berkerjasa­ma dengan mereka.

“Sekiranya kita menyertai mereka, kita tidak ada beza dengan Barisan Nasional (BN), oleh itu, mereka boleh memberikan fokus untuk membentuk kerajaan di sebelah sana dan kita dalam pada itu mempunyai strategi untuk berbuat perkara yang sama di Sabah,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah Honorsius Bosuin dan Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah Loretto S. Padua Jr.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia