Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan naik taraf surau, masjid

Penduduk Kampung Kitang dapat surau baharu

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Penantian lebih 20 tahun masyarakat Islam di Kampung Kitang berakhir dan kini dapat melaksanak­an ibadah denganlebi­hselesaber­ikutan siapnya pembinaan surau baharu berharga RM250,000.

Surau yang dilengkapi kemudahan asas serta penghawa dingin itu siap dibina sepenuhnya hujung tahun lepas itu, mampu menampung 150 jemaah pada satu masa.

Pengerusi Surau Ikhwan Kg Kitang, Abdul Rahman Majid berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan dan bersyukur kerana penduduk kini memiliki sebuah tempat solat yang jauh lebih selesa berbanding surau sebelum ini.

“Surau lama hanya mampu memuatkan 80 jemaah dan keadaan surau itu pun amat daif serta tidak begitu selesa malah menyukarka­n penganjura­n sebarang aktiviti.

“Jemaah bukan sahaja dari kampung ini, malah ia menjadi tempat ibadat penduduk dari kampung-kampung sekitar.

“Oleh itu, kami amat berterima kasih kepada wakil rakyat kerana berusaha menyediaka­n kemudahan ini untuk penduduk kampung. Dengan adanya surau ini, saya merancang untuk mengadakan Kelas Agama Dan Fardhu Ain (KAFA) untuk manfaat anak-anak kita,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Surau Ikhwan Kampung Kitang yang disempurna­kan Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.

Sementara itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kerajaan menyediaka­n banyak peruntukan menaiktara­f serta membina surau dan masjid di kawasan Parlimen Beaufort.

“Justeru, sewajarnya usaha murni kerajaan ini dihargai dengan memastikan semua surau dan masjid diimarahka­n dengan pelbagai aktiviti keagamaan supaya memberi banyak manfaat untuk pembanguna­n ummah,” katanya.

Pada majlis itu, Azizah turut meluangkan masa berbuka puasa bersama penduduk kampung kemudian merasmikan surau dan seterusnya menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf.

“Surau

lama hanya mampu memuatkan 80 jemaah dan keadaan surau itu pun amat daif serta tidak“begitu selesa malah menyukarka­n penganjura­n sebarang aktiviti. ABDUL RAHMAN MAJID Pengerusi Surau Ikhwan Kg Kitang

 ??  ?? AZIZAH berbuka puasa bersama penduduk kampung Kitang sempena majlis itu.
AZIZAH berbuka puasa bersama penduduk kampung Kitang sempena majlis itu.
 ??  ?? AZIZAH menandatan­gani plak sebagai gimik perasmian Surau sempena majlis itu.
AZIZAH menandatan­gani plak sebagai gimik perasmian Surau sempena majlis itu.
 ??  ?? AZIZAH menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sempena majlis itu.
AZIZAH menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sempena majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia