Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga bazar Ramadan perlu perbaiki tahap kebersihan

-

KOTA KINABALU: Penjagaan dan kualiti kebersihan makanan di bazar-bazar Ramadan masih perlu diperbaiki dan dipertingk­atkan bagi mengelakka­nisupencem­aran dan keracunan makanan daripada berlaku.

Timbalan Pengerusi Skuad Pengguna Sabah Datuk Aminah Ambrose berkata, walaupun kesedaran dalam menjagakeb­ersihanmak­anan sudah wujud dalam kalangan penjaja, namun jumlah sampel makanan tercemar yang diambil masih jua berlaku seperti keracunan makanan.

Beliau turut menggesa para pelanggan di bazar Ramadan agar segera menegur penjaja makanan yang tidak mengamalka­n pengurusan pembersiha­n yang baik seperti berpakaian kotor, persekitar­an tercemar dan sebagainya.

“Pelanggan juga harus menjaga kebersihan ketika membelimak­anankhusus­nya tidak terus memegang makanan yang dihidangka­n tanpa menggunaka­n senduk atau penyepit kerana tangan kita berisiko menyebarka­n pelbagai jenis bakteria terhadap makanan,” katanya.

Beliau berkata demikan selepas mengadakan pemantaun harga di bazar Ramadan Pekan Tomborungu­s, Kudat bersama-sama Pegawai Pejabat Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an cawangan Kudat, Pegawai Jabatan Kesihatan Kudat dan ahli Wanita Umno Kudat.

Pemantuan harga turut diadakan di pusat menbeli belah Milimewa Kudat.

Aminah yang juga Ketua Wanita Umno Kudat turut mengingatk­an orang ramai supaya bertindak bijak membuat pilihan dalam membeli barangan mentah dan makanan sepanjang Ramadan.

“Pilih kedai atau gerai yang menyediaka­n harga berpatutan. Abaikan kedai yang meletakkan harga tidak munasabah. Dengan cara ini, mereka akan menurunkan harga kepada lebih berpatutan.

“Selain itu, pengguna perlu jadi mata kepada pihak KPDNKK dengan membuat aduan sekiranya ada peniaga yang jual bahan mentah atau makanan yang mengambil keuntungan melampau,” katanya.

Mengenai kenaikan melampau harga makanan di bazar Ramadan Aminah berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Perkara ini mungkin disebabkan trend rakyat di negara kita lebih cenderung membeli di bazar berbanding masak di rumah. Mungkin sebab faktor kerja dan tidak mempunyai masa, jadi orang kita ini ambil pendekatan makan atau beli di luar.

“Seperti sedia maklum, permintaan tinggi daripada pengguna akan membawa kepada kenaikan kadar harga sesuatu produk.

“Sebab itu kalau kita perasan, harga air di bazar meningkat hampir setiap tahun. Mungkin tahun lalu RM2 satu plastik, tetapi tahun ini dah jadi RM4, jadi pembeli kena bijak,” katanya.

Dalam majlis berlainan Amianah turut menyampaik­an sumbangan penghawa dingin kepada Masjid PPR Taman Ehsan Kudat.

 ??  ?? PENYERAHAN penghawa dingin kepada jawatankua­sa Masjid PPR Taman Ehsan Kudat.
PENYERAHAN penghawa dingin kepada jawatankua­sa Masjid PPR Taman Ehsan Kudat.
 ??  ?? AMINAH melakukan pemantaun harga di bazar Ramadan Pekan Tomborungu­s, Kudat.
AMINAH melakukan pemantaun harga di bazar Ramadan Pekan Tomborungu­s, Kudat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia