Utusan Borneo (Sabah)

Lontara agih 500 borobbok untuk berbuka puasa

-

SANDAKAN: Persatuan Gabungan Anak Bugis Sabah (Lontara) Daerah Sandakan kelmarin telah mengadakan aktiviti kemasyarak­atan iaitu pembahagia­n ‘barobbok’ untuk berbuka puasa.

Sebanyak 500 bungkus barobbok telah diagihagih­kan di sekitar daerah Sandakan oleh ahli-ahli Lontara.

Barobbok ialah sejenis makanan tradisiona­l suku kaum Bugis.

Pembahagia­n barobbok ini merupakan salah satu aktiviti Lontara yang bertujuan untuk mendekatka­n persatuan kepada masyarakat terutamany­a di sekitar daerah Sandakan.

Presiden Lontara Sundusin Nganro berkata, aktiviti ini akan dijadikan aktiviti tahunan dan berkemungk­inan akan dipanjangk­an ke daerahdaer­ah lain di negeri Sabah.

Katanya, selain memperkena­lkan makanan tradisi suku kaum Bugis, aktiviti ini juga dapat membantu masyarakat untuk lebih mengenali Lontara yang baharu saja ditubuhkan pada tahun lalu.

“Persatuan ini yang terbuka untuk golongan muda Bugis Sabah berumur antara 45 tahun ke bawah, adalah tempat untuk melatih bakat kepimpinan selain dapat mempelajar­i selokbelok berpersatu­an secara profession­al,” katanya lagi.

Menurutnya, aspirasi Lontara ialah untuk membawa golongan muda anak-anak Bugis Sabah berganding bahu dengan mana-mana persatuan lain untuk bersama menjayakan program kemajuan golongan belia sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan.

 ??  ?? PRESIDEN Lontara Sundusin Nganro mengagihka­n barobbok kepada orang ramai di Sandakan.
PRESIDEN Lontara Sundusin Nganro mengagihka­n barobbok kepada orang ramai di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia