Utusan Borneo (Sabah)

KRT Laloko Lajong adakan Pesta Kaamatan

-

MATUNGGONG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Laloko Lajong, Daerah Matunggong mengadakan Sambutan Pesta Kaamatan KRT Kg Laloko Lajong Tahun 2017, di perkaranga­n rumah kediaman Pengerusi KRT, Matius Asang

Program ini dilaksanak­an bersama Wanita Kampung Lajong dan dihadiri oleh Ahli Jawatankua­sa Rukun Tetangga (AJKRT), Ketua Kampung, JKKK dan penduduk kampung dan Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Matunggong Mohd Nasir Adli Bin Zainuddin.

Sambutan pesta kaamatan ini dirasmikan oleh Richard Kastum, Setiausaha Politik kepada Tan Sri DSP Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Pelbagai acara dilaksanak­an serta gotong royong bersama penduduk beberapa hari sebelum hari perasmian. Pada 17 Jun 2017, acara kemuncakny­a ialah Pertanding­an Menganyam, Pertanding­an “Sugandoi” Kanak-Kanak dan Pertanding­an Ratu Fesyen Kanak-Kanak. Acra terakhir ialah cabutan tiket bertuah dan acara bertukar-tukar hadiah di antara jawatankua­sa Penganjur

Richard dalam ucapannya amat berterima kasih atas jemputan perasmian program ini.

Program seperti ini amatlah di galakkan oleh kerajaan kerana dapat merapatkan silaturahi­m, mengeratka­n kesepakata­n dan perpaduan dalam kalangan penduduk.

Dalam ucapannya beliau menekankan tentang pentingnya Pesta Kaamatan ini diadakan. Salah satunya ialah untuk meraikan hasil tuaian tanaman dan ganjaran yang diperolehi setelah bertungkus lumusmelak­sanakanpek­erjaan di ladang dan kebun.

Selain itu dengan adanya kaamatan ini dapat merapatkan kembali persefaham­an penduduk kampung, meskipun berbeza fahaman agama, budaya dan kepercayaa­n.

Beliau juga mengharapk­an agar generasi muda dapat memahami tujuan pesta kaamatan ini diadakan, selain suasana perayaan yang paling utama adalah kebudayaan bangsa itu sendiri dapat diterapkan dalam kalangan generasi muda supaya tidak luput dan dapat sentiasa dipelihara dari masa ke semasa.

Dengan majoritiny­a adalah penduduk yang berbangsa Rungus, pesta Kaamatan ini sekaligus dapat dipraktikk­an dan kebudayaan bangsa Rungus dapat dipelihara.

Beliau berharap agar perpaduan dan persefaham­an akan dapat terus di perkuatkan melalui program seperti ini sesuai dengan adanya penubuhan kawasan rukun tetangga di kawasan ini.

Beliau juga berharap agar KRT Kg Laloko Lajong akan menjadi contoh kepada KRT lain melalui kesepaduan , kesepakata­n dan kerjasama yang begitu erat dalam melaksanak­an program dan aktiviti untuk kebaikan masyarakat. Di akhir perasmian beliau menyampaik­an bantuan kerajaan bagi membaik pulih gereja pCS Kg Lajong. Turut hadir sama di program ialah ahli-ahli KRT, pengerusi JKKK, ketua kampung dan penduduk-penduduk dari beberapa kawasan yang berdekatan.

 ??  ?? PERASMIAN dan penyampaia­n bantuan kepada gereja PCS.
PERASMIAN dan penyampaia­n bantuan kepada gereja PCS.
 ??  ?? ANTARA tetamu dan orang ramai yang hadir.
ANTARA tetamu dan orang ramai yang hadir.
 ??  ?? PERTANDING­AN Ratu Fesyen Kanak-Kanak.
PERTANDING­AN Ratu Fesyen Kanak-Kanak.
 ??  ?? UCAPAN daripada Mohd Nasir Adli, Penolong Pegawai Perpaduan Matunggong.
UCAPAN daripada Mohd Nasir Adli, Penolong Pegawai Perpaduan Matunggong.
 ??  ?? LAWATAN ke pameran hasil kraftangan Jiran Wanita.
LAWATAN ke pameran hasil kraftangan Jiran Wanita.
 ??  ?? UCAPAN perasmian daripada Richard Kastum.
UCAPAN perasmian daripada Richard Kastum.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian sambut tamu ‘Mongigol Sumundai ‘.
PERSEMBAHA­N tarian sambut tamu ‘Mongigol Sumundai ‘.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia