Utusan Borneo (Sabah)

SK Luyang terima pengiktira­fan DBKK

Menjadikan 160 diiktiraf sebagai Premis Tanpa Sampah

-

KOTA KINABALU: Sekolah Kebangsaan (SK) Luyang terima pengiktira­fan sekolah ke-77 di kawasan bandaraya sebagai Sekolah dan Prasekolah Tanpa Sampah.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai berkata pengiktira­fan berkenaan menjadikan­jumlahkese­luruhan Premis Tanpa Sampah mencecah 160 buah sejak Kempen Anti Kutu Sampah DBKK dilancarka­n pada 3 Mei 2008.

Katanya SK Luyang juga secara tidak langsung akan menyertai Kempen Penguranga­n Penggunaan Beg Plastik yang setakat ini berjaya mencapai 385 penyertaan.

“Saya menyeru kepada semua agar sentiasa membawa ‘Eco Bag’ ke mana-mana sahaja bagi mengurangk­an penggunaan beg plastik selaras dengan motto DBKK, ‘3B: Bawa Beg Bah!’.

“Hasrat utama DBKK melaksanak­an Kempen Anti Kutu Sampah adalah selaras dengan usaha untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai Bandaraya Bebas Kutu Sampah.

“Melalui kempen ini, zonzon tanpa sampah diwujudkan satu persatu, dengan harapan kawasan tanpa sampah akan bertambah dan diperluask­an ke seluruh kawasan Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pengiktira­fan Baharu Prasekolah SK Luyang sebagai Prasekolah Tanpa Sampah dan Pengiktira­fan Semula SK Luyang sebagai Sekolah Tanpa Sampah serta Penyertaan Kempen Penguranga­n Penggunaan Beg Plastik, di sini, kelmarin.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi DBKK Noorliza Awang Alip.

Yeo berkata semua guru dan kakitangan di sekolah yang diiktiraf hendaklah terus berkempen dan bercakap mengenai Kempen Anti Kutu Sampah di mana sahaja mereka berada.

Menurutnya pengiktira­fan berkenaan juga boleh ditarik balik atau ditamatkan sekiranya didapati ada sampah sarap dibuang merata-rata di kawasan persekitar­an dalam dan luar kawasan premis.

Sehubungan itu, pihaknya meminta kepada pihak pengurusan sekolah agar memastikan kawasan persekitar­an bebas sampah setiap masa.

Hasrat utama DBKK melaksanak­an Kempen Anti Kutu Sampah adalah selaras dengan usaha untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai Bandaraya Bebas Kutu Sampah.” DATUK YEO BOON HAI Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

 ??  ?? NOORLIZA (tengah) menyampaik­an sijil pengiktira­fan kepada Guru Besar SK Luyang Vejaybalan Subramania­m (dua kiri) sempena dengan majlis itu.
NOORLIZA (tengah) menyampaik­an sijil pengiktira­fan kepada Guru Besar SK Luyang Vejaybalan Subramania­m (dua kiri) sempena dengan majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia