Utusan Borneo (Sabah)

Belia Usia Sabah ziarah saudara baru Kg Kuala Tomani dan pesakit Hospital Tenom

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Badan Belia Usia Sabah telah menziarahi seramai 100 saudara baru di Kampung Kuala Tomani selain mengadakan ziarah pesakit di Hospital Daerah Tenom, baru-baru ini.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom dan Pertubuhan Sukarelawa­n Sebaran Budi dari Kuala Lumpur.

Rombongan diketuai oleh Ketua Badan Belia Usia Sabah Jamawi Jaafar dan turut disertai oleh Ketua Penyelaras Program Sebaran Budi Ave Haryati Hashim, Pegawai Jasa Daerah Awang Musli dan Ketua Usia Bahagian Tenom Piduman Haji Abdul Majid.

Jamawi yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenom berkata menjadi hasrat utama Belia Usia Sabah untuk memperluas­kan program yang sudah menjadi kalendar tahunan badan itu ke seluruh daerah di negeri ini, selain penganjura­n aktiviti dakwah dan pendidikan lain.

“Kami berharap mesej keprihatin­an ziarah ini dapat membuka mata masyarakat betapa pentingnya amalan dan budaya menziarahi mereka yang memerlukan perhatian serta bantuan khususnya saudara baru yang kebanyakan­nya tinggal di kawasan luar bandar.

“Perasaan gembira, syukur dan terharu akan timbul apabila kita menjadi antara golongan yang diziarahi serta menerima sumbangan daripada pihak tertentu,” katanya ditemui selepas majlis itu.

Beliau berkata menariknya pada Ziarah Kasih Ramadan tahun ini, selain dilaksanak­an di luar bandar, kolaborasi antara Belia Usia, Pemuda Umno Tenom dan NGO Sebaran Budi yang berpusat di Kuala Lumpur turut menjadi pemangkin bagi melaksanak­an tanggungja­wab sosial kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.

Katanya, ia dapat dilaksanak­an dalam semangat ukhuwah bagi membantu usaha yang telah dilaksanak­an oleh kerajaan bagi membantu golongan sasar.

“Setiap tahun, Belia Usia Sabah khususnya memilih program ini untuk dilaksanak­an di luar bandar kerana kita tidak mahu golongan sasaran khususnya saudara baru merasa terpinggir dari menerima bantuan seperti ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, ketika diminta mengulas permintaan penduduk Islam di Kg Kuala Tomani untuk mewujudkan cawangan Usia di kampung itu, Jamawi berkata, beliau akan berbincang dengan Usia Bahagian Tenom untuk mengemukak­an cadangan berkenaan kepada Majis Tertinggi Usia Pusat.

“Kita akan bantu merealisas­ikan hasrat saudara baru di kampung ini untuk menubuhkan cawangan Usia, dan kita akan susun atur agar pegawai dakwah Usia dapat dihantar ke sini secara berjadual bagi mengajar mereka dalam bidang agama khususnya fardu ain dan fardu kifayah,” katanya.

Pada kunjungan itu, Belia Usia dan Pemuda Umno Bahagian Tenom dan Sebaran Budi turut menyampaik­an sumbangan keperluan makanan, cenderahat­i dan duit raya kepada pesakit di Hospital Daerah Tenom serta 100 bakul keperluan makanan kepada saudara baru semasa ziarah di Kg Kuala Tomani.

 ??  ?? JAMAWI (tiga kanan) bersama Wakil Sebaran Budi Ave Haryati (kanan) menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada salah seorang saudara baru semasa ziarah di kampong Kuala Tomani Tenom.
JAMAWI (tiga kanan) bersama Wakil Sebaran Budi Ave Haryati (kanan) menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada salah seorang saudara baru semasa ziarah di kampong Kuala Tomani Tenom.
 ??  ?? JAMAWI menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ibu kanak-kanak ketika melakukan ziarah di hospital daerah bersama ahli rombongan Belia Usia, Pemuda Umno dan Sebaran Budi yang diketuai oleh Ave Haryati.
JAMAWI menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ibu kanak-kanak ketika melakukan ziarah di hospital daerah bersama ahli rombongan Belia Usia, Pemuda Umno dan Sebaran Budi yang diketuai oleh Ave Haryati.
 ??  ?? JAMAWI bersama rombongan Sebaran Budi mengabadik­an kenangan selepas melawat Pusat Penerangan Pelanconga­n Daerah Tenom.
JAMAWI bersama rombongan Sebaran Budi mengabadik­an kenangan selepas melawat Pusat Penerangan Pelanconga­n Daerah Tenom.
 ??  ?? JAMAWI bertanyaka­n khabar sambil menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pesakit semasa ziarah di Hospital Tenom.
JAMAWI bertanyaka­n khabar sambil menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pesakit semasa ziarah di Hospital Tenom.
 ??  ?? JAMAWI bersama rombongan menunggu waktu untuk berbuka puasa bersamasam­a dengan saudara-saudara baharu di Kg Kuala Tomani.
JAMAWI bersama rombongan menunggu waktu untuk berbuka puasa bersamasam­a dengan saudara-saudara baharu di Kg Kuala Tomani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia