Utusan Borneo (Sabah)

BN mampu jaga kebajikan asnaf

Pelbagai bantuan dihulur sepanjang Ramadan dan Syawal

-

SUKAU: Sistem tadbirurus kerajaan yang berkesan mampu terus memelihara kebajikan masyarakat Islam di negara ini, termasuk pemberian bantuan zakat kepada golongan asnaf ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, ia termasuk penyediaan bantuan-bantuan menjelang bulan Ramadan dan Syawal yang terus diinisiati­fkan oleh agensiagen­si kerajaan di bawah program Tanggungja­wab Sosial Korperat (CSR).

“Sudah tentu rakyat khususnya golongan yang memerlukan bantuan masih boleh berlapang dada, kerana pihak kerajaan masih mempunyai pendekatan untuk menyalurka­n sumbangan kepada golongan sasaran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaik­an bantuan zakat kepada 480 orang asnaf sebagai penerima bantuan zakat dan 280 orang penerima bantuan CSR daripada Korperasi Pembanguna­n Desa (KPD) Sabah, dikhususka­n kepada masyarakat persisir Pantai DUN Sukau di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini.

Tegas Pengerusi KPD itu, program bantuan seumpama ini mampu terus diperkasak­an jumlah penerima dan nilai bantuannya mengikut keperluan, selagi kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.

Katanya, keupayaan serta pengalaman luas mentadbir negara, menjadikan perihal melindungi kepentinga­n semua agama bukan saja dijayakan, tetapi telah sekian lama meletakkan kepentinga­n zakat dan halehwal kebajikan masyarakat Islam di tahap tertinggi.

“Bagi kawasan persisiran pantai DUN Sukau ini, saya melihat memang masih ramai rakyat khususnya dari kalangan nelayan layak menerima bantuan.

“Ini kerana mereka bukan saja tergolong dari kalangan yang masih daif, bergantung kepada mata pencarian aktiviti nelayan yang terbatas atas faktor keselamata­n. Tetapi turut dihimpit oleh belenggu kenaikan harga barang dan pelbagai cabaran kehidupan hari ini,” katanya.

Maka sebagai pengerusi kepada agensi KPD dimiliki kerajaan negeri itu, beliau merasa bertanggun­gjawab untuk mendapatka­n sedikit ehsan kewangan milik sayap pelaburan kerajaan itu untuk disumbangk­an kepada rakyat di kawasan ini.

Sebelum ini, Saddi turut menyampaik­an bantuan yang sama kepada lebih 300 penerima bantuan zakat dan lebih 200 lagi penerima bantuan CSR KPD penduduk di tiga mukim dalam DUN Sukau.

Sad di berpuas hati kerana program itu bukan saja mendapat sambutan baik daripada pihak Pusat Zakat Sabah (PZS), tetapi kalangan rakyat yang memerlukan bantuan.

“Saya berharap kita sesama Islam dapat mengerjaka­n ibadah puasa yang berkesan pada bulan Ramadan ini. Sudah tentulah kejayaan menjalanin­ya bukan saja suatu penyucian dan tarbiah diri.

“Tetapi memperkasa­kan seluruh umat dalam mefokuskan pembanguna­n madani masyarakat Islam sejagat sesuai dengan kemampanan institusi Ramadan dalam ajaran Islam,” katanya.

Beliau juga menggesa rakyat khususnya masyarakat Islam di sini agar terus bersatu di belakang kepimpinan kerajaan, demi mencapai kejayaan pembanguna­n keluarga dan masyarakat.

Turut hadir dan menyampaik­an sumbangan ialah Ketua Amil kawasan persisir pantai DUN Sukau Awang Sataria Abdullah, PPM DUN Sukau Amirudin Mohd Damit, CDO kawasan itu Dasran Haji Dahalan dan Ketua Anak Negeri Awang Ahmad Hj. Ongkang.

Sudah tentu rakyat khususnya golongan yang memerlukan bantuan masih boleh berlapang dada, kerana pihak kerajaan masih mempunyai pendekatan untuk menyalurka­n sumbangan kepada golongan sasaran ini. DATUK SADDI HAJI ABDUL RAHMAN Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau

 ??  ?? SADDI menyampaik­an bantuan CSR KPD yang melibatkan 280 di kawasan persisiran Pantai DUN Sukau.
SADDI menyampaik­an bantuan CSR KPD yang melibatkan 280 di kawasan persisiran Pantai DUN Sukau.
 ??  ??
 ??  ?? SADDI menyampaik­an bantuan zakat sambil dibantu Ketua Amil Bandar Sandakan Awang Staraia Abdullah.
SADDI menyampaik­an bantuan zakat sambil dibantu Ketua Amil Bandar Sandakan Awang Staraia Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia