Utusan Borneo (Sabah)

Pembangkan­g berpaling tadah

Sokongan rakyat Ranau kepada BN semakin mantap

-

RANAU: Menjelang pilihan raya umum (PRU) yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang, sokongan rakyat Ranau kepada Barisan Nasional (BN) semakin meningkat apabila ramai ahli pembangkan­g dahulu dan sekarang memohon untuk menganggot­ai parti komponen BN.

Baru-baru ini, sebanyak 149 borang keahlian baharu parti Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) dari tiga kampung iaitu Kilanas (56), Lotong (53) dan Sinurai (40) telah diserahkan kepada ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin.

Penyerahan borang diadakan di pejabat Parlimen Ranau oleh Jutin Lani yang mewakili Kg Kilanas, Majingkim Barigon mewakili Kg Sinurai dan Jamryes Malanjong mewakili Kg Lotong.

Menurut ketiga-tiga wakil berkenaan, mereka mahu memasuki BN/Upko bukan atas desakan atau ganjaran tetapi atas keyakinan mereka bahawa kerajaan BN dan pemimpin seperti Ewon adalah yang terbaik untuk membela nasib mereka khususnya yang tinggal terpencil di kampung.

Jamryes berkata sebelum ini dia adalah ahli parti pembangkan­g, tetapi atas ketidakyak­inan terhadap masa depan mereka, beliau telah membawa penyokongn­ya menyertai Upko yang mereka anggap benar-benar prihatin terhadap keperluan rakyat.

Katanya pembinaan jalan raya dari Kg Bongkud ke Kg Mansalu yang sedang rancak berjalan sekarang dan akan melalui beberapa kampung adalah bukti kerajaan BN sangat prihatin terhadap keperluan rakyat luar bandar.

Jutin yang sebelum ini merupakan penyokong kuat SAPP turut mengungkap­kan perkataan yang sama bahawa kerajaan BN adalah kerajaan terbaik setakat ini.

Beliau amat yakin bahawa akan lebih ramai lagi penduduk di Kampung Kilanas turut menyertai Upko sebelum menjelang PRU.

Dalam pada itu, Ewon mengalu-alukan dan memuji hasrat rakyat di tiga kampung berkenaan kerana bijak memilih parti serta kerajaan yang terbaik untuk masa depan mereka.

Katanya memang setiap kali lawatan beliau ke kampung-kampung, ada sahaja borang keahlian baharu parti Upko yang diserahkan penduduk kepada beliau. Ia menunjukka­n bahawa kerajaan BN masih yang terbaik untuk rakyat.

Menurut beliau sebelum pejabat Parlimen mengadakan program Gerakan Penambahan dan Kemaskini parti Upko pada April tahun ini keanggotaa­n parti itu adalah lebih kurang 18 ribu orang di Ranau. Beliau yakin selepas gerakan itu, ahlinya akan mencecah 19 ribu orang.

“Ini akan memberikan petanda yang sangat baik kepada semua bakal calon BN pada pilihan raya akan datang untuk menang dengan majoriti yang banyak,” katanya.

Selepas majlis penyerahan borang berkenaan, Ewon dan rombongan kemudian menghadiri majlis berbuka puasa di Surau Kampung Lingkudau di mana beliau turut menyerahka­n sedikit sumbangan kepada surau itu dan kepada para pemimpin kampung.

Turut hadir pada majlis itu, Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi, Setiausaha Kerja Parlimen Dallius Ubin dan Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen.

“Ini akan memberikan petanda yang sangat baik kepada semua bakal calon BN pada pilihan raya akan datang untuk menang dengan majoriti yang banyak DATUK DR EWON EBIN Ahli Parlimen Ranau

 ??  ?? EWON menyerahka­n sumbangan kepada Pengerusi Surau Kampung Lingkudau Sauffpah Sarun.
EWON menyerahka­n sumbangan kepada Pengerusi Surau Kampung Lingkudau Sauffpah Sarun.
 ??  ?? JUTIN (kanan), Jamryes dan diikuti Majingkim menyerahka­n borang ahli baharu Upko kepada Ewon di pejabat Parlimen Ranau.
JUTIN (kanan), Jamryes dan diikuti Majingkim menyerahka­n borang ahli baharu Upko kepada Ewon di pejabat Parlimen Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia