Utusan Borneo (Sabah)

Umat Islam wajar hargai kesejahter­aan, keamanan negara

- Oleh JOHAN AZIZ

SEMPORNA: Masyarakat Islam di negara ini perlu menghargai kesejahter­aan dan keamanan yang dipupuk sejak sekian lama tanpa perlu bimbang akan berlaku konflik sebagaiman­a di negara Islam lain seperti Iraq dan Afghanista­n.

Ketua Usia Bahagian Semporna Datuk Razak Tun Sakaran berkata umat Islam di negara ini perlu berasa bertuah kerana mampu menjalani kehidupan harian dengan penuh harmonis, tanpa diancam dengan bahaya pergolakan bersenjata serta konflik.

“Banyak negara lain yang menghadapi masalah sehingga menjejaska­n kehidupan mereka termasuk pergaduhan sesama sendiri, perang saudara, pergaduhan antara puak dan penjajahan seperti yang dihadapi di Iraq,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan kepada masjid dan surau di Parlimen Semporna, barubaru ini.

Hadir sama ialah isteri Razak, Datin Norzilawat­i Othman serta ahli jawatakuas­a Usia Bahagian Semporna.

Antara kampung yang dikunjungi termasukla­h Labuan Senang, Simunul, Senang Hati dan BakungBaku­ng.

Razak berkata pergolakan yang berlaku di negara Islam terbabit boleh menjejaska­n rakyat sehingga tidak dapat mencapai kemajuan dan mengakibat­kan mereka terpaksa hidup dalam serba kekurangan.

Katanya terdapat juga negara Islam yang sudah merdeka dan mentadbir negara sendiri tetapi masih mundur akibat pergaduhan sesama sendiri sehingga menimbulka­n suasana tidak tenteram.

Menurut beliau yang juga bendahari Umno Bahagian Semporna, keamanan, kemakmuran serta kemajuan yang dicapai oleh negara adalah disebabkan kestabilan politik selain kebijaksan­aan para pemimpin mentabir urus negara.

“Keadaan ini perlu kita pertahanka­n dengan menyokong segala dasar serta program yang disediakan oleh kerajaan, dan rakyat perlu menghindar­i segala elemen negatif yang dibawa oleh golongan tertentu yang cuba memecahbel­ahkan perpaduan dan keharmonia­n rakyat di negara ini yang lebih kepada kepentinga­n politik mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Razak meminta Umat Islam di daerah itu agar menjadikan masjid sebagai institusi untuk memperkuku­hkan perpaduan.

Katanya bukan sahaja mengimarah­kan masjid dan surau dengan program keagamaan namun, perlu memperlbag­aikan program yang sesuai agar lebih ramai masyarakat Islam khususnya golongan muda terlibat dalam setiap program yang diadakan.

 ??  ?? RAZAK menyerahka­n sumbangan berupa kipas angin kepada wakil Masjid Kampung Labuan Senang.
RAZAK menyerahka­n sumbangan berupa kipas angin kepada wakil Masjid Kampung Labuan Senang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia