Utusan Borneo (Sabah)

Tunas Nasional ceriakan asnaf di Kuala Penyu dan Beaufort

-

KUALA PENYU: Seramai 50 asnaf menerima sumbangan kewangan daripada Syarikat Tunas Nasional Sdn Bhd, Rabu lepas.

Sumbangan itu disampaika­n oleh wakil yang diamanahka­n oleh Syarikat Tunas Nasional di Kota Kinabalu, Amat Jutrah Haji Musnih di pekarangan Masjid Kampung Karukan, Kuala Penyu.

Beliau diiringi oleh Mat Usup Haji Rasit dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dalam ucapan Amat Jutrah, beliau berkata bantuan itu sepatutnya disampaika­n semasa program Bakti Siswa UMS lalu di Kampung Karukan namun disebabkan beberapa masalah teknikal, majlis penyampaia­n tidak dilaksanak­an dan terpaksa ditangguhk­an sehingga ke Rabu lalu.

Selaku wakil syarikat berkenaan, beliau berharap semoga bantuan yang diberikan akan dapat digunakan sebaik mungkin terutama untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua mereka yang terpilih untuk menerima bantuan ini dan terima kasih juga kepada Syarikat Tunas Nasional SdnBhd kerana sudi menghulurk­an bantuan kepada asnaf sempena Aidilfitri pada tahun ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Kampung Karukan Haji Sarawali Mujin, Haji Muhammad Kassim Haji Yassin dan Imam Masjid Kampung Karukan Yahya Rastin.

Amat Jutrah juga berkesempa­tan menghantar bantuan sumbangan Syarikat Tunas Nasional terus ke rumah penerima yang layak di Kampung Kitang, Kuala Penyu serta Kampung Kukuro dan Nukahan di Beaufort.

“Syarikat Tunas Nasional Sdn Bhd berharap penerima bantuan akan bergembira pada hari lebaran kali ini menerusi sumbangan yang diberikan,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penerima bantuan asnaf merakamkan gambar bersama Amat Jutrah (kanan sekali) di hadapan Masjid Kampung Karukan, Kuala Penyu.
SEBAHAGIAN penerima bantuan asnaf merakamkan gambar bersama Amat Jutrah (kanan sekali) di hadapan Masjid Kampung Karukan, Kuala Penyu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia