Utusan Borneo (Sabah)

Hotel Four Point rai warga emas, anak yatim

-

SANDAKAN: Seramai 50 warga emas dan anak-anak yatim diraikan dalam satu majlis bersempena menjelang Hari Raya Adilfitri bersama penduduk Kampung Bakau, Batu Sapi Sandakan.

Majlis disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya.

Dalam majlis itu, Samsudin menyeru sektor korporat yang berkemampu­an agar menjadikan keberkatan bulan Ramadan bagi meningkatk­an aktiviti membantu golongan miskin dan tidak bernasib baik serta mengelak daripada terjebak dengan budaya pembaziran.

Beliau berkata, dengan semangat seperti itu bukan sahaja dapat membantu meringanka­n beban golongan miskin tetapi juga menambah semangat kasih sayang dan perpaduan antara satu sama lain.

Menurut beliau, bulan Ramadan perlu dimanfaatk­an sebaik mungkin oleh umat Islam kerana mempunyai banyak pengajaran selain menahan lapar dan dahaga.

“Dalam keadaan kita menahan lapar dan dahaga, jangan sesekali kita lupa maksud di sebaliknya iaitu memahami perasaan dan keadaan golongan tidak bernasib baik.

“Kita tidak mahu pendidikan bulan Ramadan bertukar menjadi sebaliknya apabila ramai umat Islam lebih sibuk membeli-belah juadah berbuka sehingga berlaku pembaziran,” katanya.

Samsudin yang juga Ketua Umno bahagian Batu Sapi berkata, bulan Ramadan sewajarnya menginsafk­an mereka yang berpuasa mengenai keadaan anakanak yatim dan fakir miskin yang amat memerlukan perhatian.

Katanya, adalah suatu yang malang jika mereka berasa terpinggir dalam menikmati kehidupan sehari-harian sedangkan sebahagian yang lain bersenang-lenang.

“Kita kena ingat dalam keadaan kita makan tanpa had dengan pelbagai juadah yang dibeli di bazar Ramadan dan kemewahan menu di hotel-hotel ada golongan yang hanya berbuka dengan air sejuk dan hidangan ala kadar.

“Penganjura­n program ini bertujuan menunjukka­n bahawa golongan kurang bernasib baik tidak pernah dipinggirk­an, sebaliknya turut berpeluang meraikan sambutan perayaan ini,” katanya.

Hadir sama pihak pengurusan Hotel Four Point Sandakan serta ahli jawatankua­sa Umno bahagian Batu Sapi.

 ??  ?? PIHAK pengurusan Hotel Four Point Sandakan menyerahka­n sumbangan kepada anak yatim sambil diperhatik­an oleh Samsudin (tiga kanan).
PIHAK pengurusan Hotel Four Point Sandakan menyerahka­n sumbangan kepada anak yatim sambil diperhatik­an oleh Samsudin (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia