Utusan Borneo (Sabah)

Promosi, jualan terus dipertingk­at

Tudung Bawal Exclusive dijual bagai `pisang goreng panas’

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Agen sah penjualan Tudung Bawal Exclusive bagi Pantai Timur Sabah, Butik Bia Hasmira akan terus meningkatk­an jualannya berikutan sambutan yang menggalakk­an daripada pelanggan di tiga cawangan premisnya.

Pemiliknya, Hasmira Hasbulah, 30, berkata koleksi Tudung Bawal Exclusive yang terkenal dengan rekaan tudung yang bermutu menggunaka­n batu permata Swarovski dijual di premisnya di Tawau, Sandakan dan Lahad Datu sebanyak kira-kira 1,000 helai.

“Sempena jualan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tudung Bawal Exclusive bagaikan `pisang goreng panas’ yang setiap hari mendapat sambutan luar biasa dan sudah tentu situasi ini didorong oleh keyakinan pelanggan terhadap produk tudung istimewa ini,” katanya di sini, kelmarin.

Menurut Hasmira, perancanga­n yang rapi telah dilakukan untuk terus memenuhi permintaan pelanggan bukan sahaja sempena Hari Raya Aidilfitri tapi untuk jangka panjang.

Katanya, beliau akan terus menggiatka­n promosi jualannya samada secara atas talian, menggunaka­n medium iklan, sebaran katalog dan lainlain yang seumpamany­a.

“Selain itu, dalam masa terdekat saya bercadang mengadakan satu majlis dalam usaha meraikan para pelanggan di samping berkongsi kegembiraa­n bersama pelanggan,” katanya.

Katanya, majlis itu akan menumpukan pada pelancaran koleksi rekaan bermutu Tudung Bawal Exclusive yang dijangka akan dilakukan sendiri Pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd, Haliza Maysuri.

Menurut Hasmira, produk Tudung Bawal Exclusive menjadi pilihan utamanya untuk dijual di butiknya kerana menyedari fenomena yang berjaya dilakukan syarikat yang bertapak 20 tahun dalam industri tudung malah mengembali­kan dan mengekalka­n minat wanita terhadap tudung bawal.

Katanya, dalam perancanga­n akan datang, beliau merancang akan turut menambah koleksi busana muslimah pakaian jubah, kurta, blaus, baju kurung dan lain-lain dengan jenamanya sendiri yang terdiri, Bia Hasmira.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Butik Bia Hasmirah turut menggalakk­an pelanggann­ya untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah barangan kemas emas pada belian satu resit RM100.

Sementara itu pelanggan yang ditemui, Rosmiati Abdul Rahman, 44, berkata beliau yakin untuk menggayaka­n tudung bawal bermutu tinggi itu kerana baginya ianya memberinya keyakinan diri yang luar biasa ketika memakainya.

“Kilauan permata Swarovski pada tudung ini bukan sahaja menaikkan seri malah kain tudung itu memberi keselesaan tersendiri berbanding produk tudung lain di pasaran.

“Memakai tudung ini bukan semata-mata memberi keselesaan malah produk ini menepati citarasa saya, warnanya lembut, selesa mata memandang kerana saya selalu berusan dengan pelanggan dalam pelbagai situasi,” katanya.

Seorang lagi pelanggan, Noraini Muhtar, 32, berkata dia amat gembira apabila ada premis yang menawarkan jualan produk Tudung Bawal Exclusive kerana sebelum ini dia terpaksa memperuntu­kkan masa ke Semenanjun­g untuk membeli tudung bawal itu.

“Saya memang peminat Tudung Bawal Exclusive kerana ianya produk yang amat berbaloi dimiliki kerana berkualiti tinggi, cantik rekaannya dan amat mudah digayakan lebihlebih lagi disesuaika­n dengan pakaian jenama Bia Hasmira yang menepati citarasa dan keperluan saya,” katanya.

“Sempena

jualan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tudung Bawal Exclusive bagaikan `pisang goreng panas’ yang setiap hari mendapat sambutan luar biasa dan sudah tentu situasi ini didorong oleh keyakinan pelanggan terhadap produk tudung istimewa ini. HASMIRA HASBULAH Pemilik

 ??  ?? HASMIRA dan pekerjanya mengabadik­an gambar kenangan bersama pelanggann­ya.
HASMIRA dan pekerjanya mengabadik­an gambar kenangan bersama pelanggann­ya.
 ??  ?? HASMIRA menunjukka­n pelanggann­ya antara produk Tudung Bawal Exclusive.
HASMIRA menunjukka­n pelanggann­ya antara produk Tudung Bawal Exclusive.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia