Utusan Borneo (Sabah)

Masjid Al-Muzakirull­ah anjur Majlis Khatam Al-Quran

-

LABUAN: Jawatankua­sa Masjid Al-Muzakirull­ah, Kampung Lubok Temiang telah menganjurk­an Majlis Khatam Al-Quran 2017, barubaru ini.

Majlis yang bermula selepas solat Tarawih itu dimeriahka­n dengan kehadiran Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 8 Haji Alias Husin, Ketua Kampung Lubok Temiang Nordin Ahmad, Pengerusi Masjid Jakiah Awang dan Imam Masjid Jamian Ngadi.

Majlis khatam Al-Quran itu melibatkan 50 peserta yang terdiri daripada golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.

Sebagai tanda penghargaa­n, semua peserta menerima sumbangan daripada AJK Masjid yang disampaika­n oleh Bashir.

Dalam ucapannya, Bashir yang juga pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan menyaranka­n agar majlis seperti itu akan diadakan pada setiap tahun bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi juga bulan yang lain.

Katanya menerusi program itu, masyarakat Islam khususnya generasi muda akan dapat memahami dan mengetahui isi kandungan al-Quran dan seterusnya mengamalka­n segala ajaran Allah SWT dan Nabi Muhamad SAW.

Sambil mengucapka­n tahniah kepada AJK Masjid Al-Muzakirull­ah Kampung Lubok Temiang, Bashir yakin program itu akan mengeratka­n lagi perpaduan dan si latur rahim dalam kalangan masyarakat Islam di Kampung Lubok Temiang.

“Majlis Khatam Al-Quran merupakan satu majlis yang sewajarnya diberi perhatian oleh masyarakat Islam di Wilayah Persekutua­n Labuan. Tahniah saya ucapkan kepada AJK Masjid Al-Muzakirull­ah Kampung Lubok Temiang yang saban tahun menganjurk­an majlis ini,” katanya.

Sementara itu, Jakiah berkata program Khatam Al-Quran diyakini mampu meningkatk­an pembacaan peserta sejak di bangku sekolah lagi hinggalah kepada warga emas.

Pada majlis itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada semua AJK Masjid, jemaah dan penduduk kampung serta peserta yang bersama-sama menjayakan majlis penutupan program itu.

Beliau berkata sepanjang bulan Ramadan, pihaknya telah mengadakan pelbagai aktiviti termasuk majlis berbuka puasa, moreh, selain solat Tarawih dan khatam AlQuran yang menjadi wadah perpaduan jemaah di Kampung Lubok Temiang.

 ??  ?? BASHIR (lapan kanan) merakam kenangan bersama peserta lelaki Majlis Khatam Al-Quran anjuran Masjid Al-Muzakirull­ah.
BASHIR (lapan kanan) merakam kenangan bersama peserta lelaki Majlis Khatam Al-Quran anjuran Masjid Al-Muzakirull­ah.
 ??  ?? JAKIAH (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Bashir yang menjadi tetamu kehormat majlis itu.
JAKIAH (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Bashir yang menjadi tetamu kehormat majlis itu.
 ??  ?? SEORANG peserta warga emas, Haji Othman Mahali menerima saguhati daripada Bashir.
SEORANG peserta warga emas, Haji Othman Mahali menerima saguhati daripada Bashir.
 ??  ?? BASHIR (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada peserta remaja sambil diperhatik­an Nordin (kiri) dan Alias (kanan).
BASHIR (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada peserta remaja sambil diperhatik­an Nordin (kiri) dan Alias (kanan).
 ??  ?? PESERTA perempuan bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.
PESERTA perempuan bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia