Utusan Borneo (Sabah)

Kuatkan semangat belajar: Bolkiah

Saranan kepada golongan pelajar demi menjamin masa depan

-

PITAS: Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Haji Ismail menyeru kepada golongan pelajar terdiri anak yatim piatu agar menguatkan semangat dan gigih belajar demi masa depan mereka.

Beliau berkata mereka tidak seharusnya menjadikan ketiadaan ibu bapa sebagai alasan tidak bersemanga­t dan tidak berminat untuk meneruskan pelajaran.

“Disebabkan ketiadaan ibu bapalah kita harus membuktika­n bahawa kita juga mampu maju dalam pelbagai bidang pembelajar­an dan berdaya saing dalam hidup sepertiman­a kanakkanak lain yang mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka,” katanya.

Tambahnya, golongan berkenaan wajar diambil perhatian oleh semua pihak terutama sekali mereka yang berkemampu­an untuk membantu dalam kepelbagai­an agar mereka boleh maju dan berjaya dalam menempuh hidup yang serba kekurangan.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada pelbagai lapisan masyarakat di daerah ini khasnya agar dapat melapangka­n masa setiap penghujung minggu atau pada masa lapang mereka untuk menziarahi rumah anak yatim untuk bermesra dengan anakanak terlibat,” katanya.

Bolkiah yang juga Adun Pitas dan Ketua Umno Bahagian Kudat berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa Ramadan dan Penyampaia­n sumbangan berupa wang tunai kepada anak-anak Yatim di Rumah Anak Yatim Baitul Amin, di sini, kelmarin.

Terdahulu, Penolong Pegawai Daerah Pembanguna­n merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah dan Timbalan Pengurusi Baitul Amin Haji Bakri Haji Nanun berkata program itu mendapat perhatian dan sumbangan sepenuhnya daripada Bolkiah, yang membantu anak-anak yatim mempersiap­kan diri menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Katanya seramai 30 anak yatim pelbagai kategori lelaki dan perempuan menerima sumbangan berupa wang tunai daripada Bolkiah untuk membeli pakaian raya dan peralatan lain yang diperlukan di asrama atau rumah Baitul Amin.

Selain majlis berbuka puasa dan penyampaia­n sumbangan duit raya, turut diadakan Tazkirah Ramadan yang disampaika­n oleh Pegawai Tadbir Jheains Pitas Ustaz Kamal Sindong.

Hadir sama, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Pitas merangkap Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Kudat Zamrah Abnaha.

“Disebabkan

ketiadaan ibu bapalah kita harus membuktika­n bahawa kita juga mampu maju dalam pelbagai bidang pembelajar­an dan berdaya saing dalam hidup sepertiman­a kanak-kanak lain yang mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka. DATUK BOLKIAH HAJI ISMAIL Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta bersama penjaga masing-masing.
SEBAHAGIAN peserta bersama penjaga masing-masing.
 ??  ?? BOLKIAH menyampaik­an sumbangan berupa wang tunai kepada salah seorang peserta kategori enam tahun ke bawah.
BOLKIAH menyampaik­an sumbangan berupa wang tunai kepada salah seorang peserta kategori enam tahun ke bawah.
 ??  ?? Duduk dari kiri HARUN Durabi, Bakri, Bolkiah, Zamrah, Haji Ismail dan Ustaz Kamal merakamkan gambar kenangan.
Duduk dari kiri HARUN Durabi, Bakri, Bolkiah, Zamrah, Haji Ismail dan Ustaz Kamal merakamkan gambar kenangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia