Utusan Borneo (Sabah)

Geng Rindok-rindok nyanyi lagu Raya dalam bahasa Melayu Sarawak

-

GENG Rindok-rindok menampilka­n kelainan lagu Raya dengan lirik lagu yang menggunaka­n bahasa Melayu Sarawak.

Baharu dilancarka­n dua hari lepas, lagu yang diberi judul ‘Rindok-rindok Raya’ itu mula meniti corong radio tempatan sekali gus meme-riahkan lagi suasana Hari Raya, di sini.

Menu-rut penulis lirik dan kom-poser lagu tersebut, Abdul Halim Mostapha atau lebih popular sebagai Abang Alim berkata, ilham mencipta lagu Raya versi bahasa Melayu Sarawak itu tercetus selepas beliau merasakan tiba masanya untuk menerbitka­n lagu Raya menggunaka­n dialek Melayu tempatan Sarawak.

“Idea asal ciptaan lagu ini adalah dari rakan baik saya sendiri iaitu Rahim Julai dan dengan semangat yang ada, saya terus mencipta bait-bait lirik lagu ini yang hanya mengambil masa setengah jam sahaja.

“Apa yang istimewa tentang lagu Raya ini, ia bukan sahaja memperdeng­arkan slanga bahasa Melayu Sarawak Kuching, tetapi juga dari pelbagai bahagian di negeri ini termasuk slanga Sri Aman, Spaoh, Sarikei dan banyak lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, semalam.

Melahirkan harapannya terhadap lagu Raya itu, Abang Alim berharap rakyat Sarawak terutama yang menyambut Hari Raya dapat menerima lagu yang diciptakan itu dengan positif.

Jelas Abang Alim, rakaman klip video ‘Rindokrind­ok Raya’ memakan masa satu minggu dengan menampilka­n seramai 18 krew rakaman termasuk 14 penyanyi tempatan anak Sarawak.

Katanya, meskipun penciptaan lirik itu senang, barisan artis tetap berdepan cabaran untuk menghafal lirik lagu dalam masa singkat.

“Tapi semua artis kita memberi kerjasama yang begitu baik sekali, dalam masa seminggu sahaja kita berjaya menamatkan rakaman dan melancarka­n lagu Raya ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Abang Alim juga menyeru artis-artis tempatan Sarawak yang berhasrat mencipta lagu Raya sendiri untuk berkolabor­asi dengannya menerusi studio miliknya Star Audio One pada masa akan datang.

Orang ramai boleh mendengar lagu Raya istimewa ‘Rindok-rindok Raya’ menerusi dua saluran radio tempatan iaitu Sarawak FM dan Cats FM selain di YouTube menerusi akaun Star Audio One Company.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia