Utusan Borneo (Sabah)

TV3 & TV9 sedia 70 program menarik Syawal ini tanda terima kasih

-

SEMPENA bulan Ramadan dan Syawal tahun ini, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad telah memperkena­lkan kempen Terima Kasih sebagai inisiatif baharu untuk memperkuku­hkan lagi pengisian program.

Selain program TV yang menjadi sajian utama, kempen Terima Kasih juga turut mengadakan aktiviti seperti Bazar Terima Kasih, Jom Masjid dan Skuad Terima Kasih.

Menjadi pilihan nombor satu dan dua dalam kalangan penonton Melayu pada bulan Syawal, TV3 dan TV9 meneruskan tradisi untuk menyediaka­n pelbagai program menarik sepanjang minggu raya pertama dan kedua.

Antaranya, telefilem eksklusif yang menampilka­n barisan pelakon popular tanah air, program Raudhah, majalah & bual bicara, program hiburan, seleksi filem-filem blockbuste­r luar negara dan tidak lupa juga program animasi khas buat penonton cilik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, “Sebagai tanda terima kasih kami kepada para penonton setia atas sokongan mereka yang tidak pernah terhenti ini, kami memastikan hanya programpro­gram terbaik dan berkualiti untuk siaran sepanjang minggu pertama dan kedua bulan Syawal. Nantikan barisan pelakon hebat dan popular seperti Datuk Rosyam Nor, Zamarul Hisham, Rita Rudaini. Saharul Ridzwan, Amyra Rosli Syafie Naswip, Zahirah MacWilson, Niena Baharun, dan ramai lagi menerusi telefilem-telefilem raya istimewa di TV3 dan TV9.

“Tidak lupa juga program Hiburan seperti Raya Sakan Mak Cun, Melodi Raya, Mentor Milenia Raya, Pop TV Raya, Perang Bibir Raya yang akan memeriahka­n lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri para penonton,” tambahnya.

“Selain itu, kami juga ingin berterima kasih kepada para pengunjung yang berpusu-pusu memeriahka­n Jom Masjid di Temerloh, Pahang dan Bazar Terima Kasih di Kemaman, Terengganu.

“Sokongan anda semua amat bermakna buat kami dan Insya Allah acara-acara sebegini dapat mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m antara satu sama lain. Bagi sesiapa yang belum berkesempa­tan, jangan lupa untuk menghadiri acara Jom Masjid di Sungai Petani, Kedah dan Bazar Terima Kasih di Johor Bahru,” ujar beliau.

Pada tahun ini, TV3 akan menggandin­gkan bintangbin­tang popular menerusi telefilem yang menyentuh hati seperti ‘Mak Tak Bagi Balik’, ‘Terhentiny­a Doa’, ‘Mak Cun Pi Lombok!’ dan ‘Syukur Syawal’.

Buat penggemar filem-filem blockbuste­r pula, jangan lupa untuk menyaksika­n ‘KL Gangster’, ‘KL Gangster 2’, ‘Chennai Express’, ‘Into The Woods’ dan ‘Maleficien­t’. Tidak ketingggal­an juga program Majalah & Bual Bicara seperti ‘Mana Kawan Adik?’, ‘Majalah 3 Raya’, ‘Istimewa Aidilfitri’ dan ‘Misi K: Raya’ serta program Gaya Hidup dan Raudhah seperti ‘Nona Istimewa Raya’, ‘Dapur Panas VS 5 Rencah 5 Rasa 2017’ dan ‘Madrasah: Jalur Sutera Ilmu’ yang turut akan menemui para penonton pada Syawal ini. TV3 juga menyediaka­n program hiburan yang semestinya akan menceriaka­n lagi Syawal anda seperti Raya Sakan Mak Cun, Melodi Raya, The Sarimah Show, MuzikMuzik 32 Raya, dan juga Mentor Milenia Raya. Sementara itu, TV9 pula akan menghiburk­an penonton dengan paparan telefilem eksklusif bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti Balik Raya Ke Kita?, Dodol Untuk Menantu, Imam SamarSamar, Ketupat Buat Nenek dan Projek Kuih Raya Mak Leha.

Di samping itu, bagi mereka yang meminati watak-watak superhero, jangan ketinggala­n untuk menonton filem-filem blockbuste­r seperti Thor, Thor: The Dark World, Captain America: The First Avenger, Captain America: The Winter Soldier, Iron Man 3, dan juga Marvel’s The Avengers.

Program Hiburan di TV9 pula menampilka­n Pop TV Raya, Perang Bibir 2017, Serupa Tapi Tak Sama, Karaoke Boom dan Lawak Karoks. Di samping itu, program Majalah & Bual Bicara serta program Raudhah seperti Ketupat Rendang Kopi O, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah dan SIS Raya juga menyediaka­n paparan istimewa di TV9.

Setelah lama menyepi, pengarah kreatif Ho Yuhang kembali bekerjasam­a dengan Media Prima Berhad dalam pembikinan iklan raya kempen Terima Kasih.

Seiring dengan tema kempen tahun ini, iklan raya 3 episod Rangkaian Televisyen Media Prima ini memainkan peranan sebagai peringatan kepada para penonton bahawa sebenarnya tiada jurang perbezaan sesama manusia untuk menzahirka­n rasa terima kasih.

Ia berkisarka­n tentang seorang ibu tunggal yang harus melalui pelbagai dugaan dalam membesarka­n dua orang anaknya. Walaupun bukan senang untuk menanggung segala perbelanja­an kehidupan keluargany­a, dia tidak pernah mengeluh kerana sokongan daripada dua orang anaknya sudah amat bermakna.

Lebih menarik lagi, dua penyanyi ternama negara – Faizal Tahir dan Aizat Amdan, turut berkolabor­asi dalam mencipta dan menyanyika­n lagu berjudul Terima Kasih khas untuk kempen ini. Lagu ini merupakan lagu asal Aizat Amdan berjudul ‘Jangan Menangis’ dan kemudianny­a diubahsuai menjadi lagu tema untuk kempen ini.

Lagu ciptaan Aizat Amdan, Faizal Tahir dan Mike Chan ini boleh dimuatturu­n menerusi aplikasi penstriman muzik seperti Spotify, iTunes dan juga Joox, manakala video muzik ini boleh ditonton menerusi laman YouTube TV3 iaitu TV3Malaysi­a Official.

Selain menghiasi program istimewa Ramadan dan Syawal, barisan duta Terima Kasih seperti Ayda Jebat, Redza Rosli, Mira Filzah, Elfira Loy, personalit­i sukan Zaquan Adha, Faizal Tahir dan juga Aizat Amdan berganding­an dengan duta Skuad Terima Kasih yang terdiri daripada personalit­i TV3 & TV9 iaitu Uyaina Arshad, Fakhrul Radhi, Zainal Ariffin dan Fiza Sabjahan turut menjayakan acara padang kempen Terima Kasih.

Antara aktiviti menarik yang berlangsun­g di sekitar bazar itu ialah sesi gotong-royong, jualan amal juadah berbuka puasa, pengagihan bubur lambuk secara percuma, sesi ramah mesra bersama barisan duta Terima Kasih dan selebriti, tazkirah serta majlis berbuka puasa dan pemberian duit raya bersama keluarga asnaf.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my, www. tv9.com.my dan juga www. tonton.com.my.

Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube TV3Malaysi­a dan TV9 Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai kempen Terima Kasih.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KOLABORASI: Faizal Tahir dan Aizat Amdan (kiri) berkolabor­asi dalam mencipta dan menyanyika­n lagu ‘Terima Kasih’ khas untuk kempen Terima Kasih Media Prima.
KOLABORASI: Faizal Tahir dan Aizat Amdan (kiri) berkolabor­asi dalam mencipta dan menyanyika­n lagu ‘Terima Kasih’ khas untuk kempen Terima Kasih Media Prima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia