Utusan Borneo (Sabah)

Peserta Program Sail M’sia kongsi pengalaman dari Australia ke Asia

-

KUCHING: Peserta Program Sail Malaysia dari Australia, Julie Swannell dan suaminya Graham berkongsi pengalaman unik sepanjang pelayaran dari lautan Australia hingga ke Asia.

Pada 16 Jun lepas, pasangan ini tiba di Kuching untuk lawatan singkat sebelum meneruskan pelayaran ke Miri semalam dan dijangka tiba di bandar raya minyak tersebut pada 30 Jun.

Program Sail Malaysia bertujuan untuk membawa pengunjung asing ke negara ini melalui laut menerusi kempen yang dikenali sebagai ‘Menerokai Malaysia Melalui Laut.’

Sejak 2005, kempen ini telah berjaya menarik lebih daripada 1,050 kapal layar persiaran antarabang­sa daripada 40 negara.

Manakala sejak 2008, Sail Malaysia memperkena­lkan inisiatif ‘Laluan ke Timur’ di mana kapal layar berpeluang untuk menjelajah ke Malaysia Timur.

“Bila ada seseorang mencadangk­an supaya kami menyertai pelayaran ke Asia, pandangan pertama kami adalah ia adalah tidak masuk akal.

“Kami tidak dapat lakukan ini. Siapa yang dapat lakukan?” kata Julie mengenai reaksi pertamanya mengenai pelayaran ke Asia dari Australia.

Pasangan ini telah belayar sekitar Australia dan menikmati kehidupan baharu mereka di atas air selepas pertimbang­an sukar termasuk membeli bot.

“Lautan antarabang­sa agak rumit tetapi Sail Malaysia menjaga semua kertas kerja, bonus yang berbeza bagi mereka yang pertama kali seperti kami. Apa yang peserta perlu lakukan adalah tunjukkan,” katanya.

Bagi pasangan ini, negara seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia memberi pengalaman baharu kepada mereka berdua.

Mereka tidak hanya melihat gunung dan pulau yang mana tidak ada di Australia tetapi juga menyaksika­n alam semula jadi yang terbaik.

“Semalam (kelmarin) di Flore, Indonesia kami melihat lava keluar daripada gunung berapi dan turun di sebelahnya.

“Di Thailand, kami berhadapan dengan situasi getir di mana secara tiba-tiba angin memukul kencang menyebabka­n kerosakan pada kapal layar kami.

“Manakala ini adalah pertama kali di Sarawak dan saya mahu menjelajah­i bumi Sarawak setiba di sini begitu juga dengan Graham di mana beliau mahu membuat penyelidik­an sebelum kami pergi,” kata Julie.

Sepanjang berada di Kuching, pasangan ini sempat mempelajar­i beberapa perkataan dalam bahasa Melayu antara yang pertama dipelajari oleh mereka ialah telur.

Pasangan ini turut menggemari kelapa muda selain telur dan cuba membiasaka­n diri dengan buah-buahan dan sayuran segar yang merupakan makanan penduduk di sini.

“Selepas Miri, kami akan menuju ke Brunei dan berakhir di Tawau, Sabah. Selepas itu kami akan ke Indonesia untuk mengikuti pelayaran kecil sepanjang Indonesia menuju ke New Guinea sebelum kembali ke Australia,” kata Julie.

Sail Malaysia ‘Laluan ke Timur’ bermula di Langkawi pada April dan akan berakhir di Tawau pada 23 Ogos ini. Untuk maklumat lanjut, layari http://sailmalays­ia.net.

 ??  ?? PASANGAN Julie dan Graham bersantai di atas kapal layar mereka yang singgah di Kuching untuk lawatan singkat sebelum ke Miri.
PASANGAN Julie dan Graham bersantai di atas kapal layar mereka yang singgah di Kuching untuk lawatan singkat sebelum ke Miri.
 ??  ?? JULIE (kiri) dan Graham membincang­kan perjalanan mereka berpanduka­n peta Asia di atas kapal ‘New Views’ mereka.
JULIE (kiri) dan Graham membincang­kan perjalanan mereka berpanduka­n peta Asia di atas kapal ‘New Views’ mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia